Pertama Kali Menjejaki Pulau Belitung - Faradidi's Blog

Breaking

Tuesday, December 18, 2018

Pertama Kali Menjejaki Pulau Belitung


Sebelum saya bercerita lebih terperinci, saya nak tunjukkan korang dulu di mana pulau belitung terletak. Pulau Belitung berada di Republik Indonesia. Sebelum ini, bila sebut sahaja Belitung, ramai akan tertanya-tanya di mana agaknya Pulau Belitung ini berada. Jom lihat betul-betul peta di bawah yang saya tunjukkan ini. Anda nampak sebuah pulau yang berada di tengah-tengah dalam bulatan merah itu. Itulah dia Pulau Belitung.

Pulau Belitung terletak di tengah-tengah antara Pulau Sumatra dan Pulau Borneo.
Ha, sekarang dah tau kan di mana Pulau Belitung kan. Saya nak ceritakan pula serba sedikit tentang fakta dan sejarah pulau ini. Pulau Belitung ini dahulunya dikenali sebagai Billiton oleh penjajah British. Pulau ini pernah menjadi pulau yang terkaya di Indonesia disebabkan mempunyai hasil bijih timah yang menguntungkan sehingga kini.

Selain itu, pulau ini terkenal sebagai negeri 'Laskar Pelangi' sejak wujudnya filem yang diadaptasi daripada novel 'Laskar Pelangi' karya Andrea Hirata. Filem itu juga berkisahkan satu cerita yang berlaku di sebuah daerah di Belitung yang bernama Gantong. Di situlah terletaknya replika SD Muhammadiyah iaitu sekolah Agama yang tertua di Belitung ini.

Preview Novel Laskar Pelangi
Pengembaraan saya ke Belitung bermula di Terminal Bas Larkin. Di situ, saya dan rakan-rakan yang lain berkumpul sebelum bertolak ke Singapura. Flight kami pada pukul 5 petang. Untuk selamat, kami bertolak lebih awal dalam pukul 9.30 pagi. Yelah mana tau, orang ramai sewaktu nak cop passport, jam ke sewaktu perjalanan atau terlepas bas seterusnya.

Dari Larkin ke Changi Airport perlu ambil dua bas. Sebab tiada bas yang direct dari Larkin ke Changi Airport. Bas pertama dari Larkin ke Johor Bahru CIQ, tiket berharga lebih kurang RM2 hingga RM3.70 seorang. Korang kena pandai tanya bas-bas kat situ yang mana boleh pergi CIQ. Seterusnya, Bas kedua kami ambil dari Johor Bahru CIQ direct terus ke Changi Airport hanya RM10 sahaja. Bas ini sepatutnya akan ada setiap 1 jam. Nama bas TS1 company TransStar.

Ada yang tanya kenapa naik bas? Tak naik teksi or kereta berbayar? Boleh ja kalau korang nak naik teksi atau kereta berbayar macam Grab tu. Tapi korang kena bayar mahal lah. Kalau ramai mungkin berbaloi sebab dia kira selalunya caj untuk satu kereta. Jadi, boleh kongsi-kongsi. Cuma dari Larkin direct ke Changi Airport tu diorang minta dibayar dalam dolar bukan dalam Ringgit. So mahal lah. 

Bas TS1 dari JB ke Changi Airport
Perjalanan ke Changi Airport dari Woodland Checkpoint mengambil masa lebih kurang 40 minit kalau tiada traffic jam. Ketika ini perjalanan kami tergendala sedikit disebabkan orang ramai mungkin disebabkan cuti sekolah. Nak cop passport kami ja, lama betul tunggu. Selepas itu, dah cop passport kena naik bas yang TS1 tu balik. Nak jadikan cerita bas yang ke Changi tu mungkin kami dah terlepas. Jadi, kami terpaksalah menunggu bas seterusnya. Tunggu punya tunggu, pukul 2.15 baru bas tu sampai. Alhamdulillah lega rasanya waktu tu.

Kami tak nak naik MRT sebab takut lambat dan payah nak heret beng memasing yang besar-besar. Lagi satu masa perjalanan naik MRT biasanya lebih lama sebab MRT ada banyak stesyen nak kena berhenti. Oleh itu, bas lah menjadi pilihan kami sebab diaa terus direct ke Changi Airport.

Setibanya kami di Changi Airport. Kami terus check in bag di kaunter. Sebab takut terlewat kan. Bila dah check in bag semua barulah boleh nak makan ke apa semua. Tak sempat nak ambil gambar kita sensorang dengan bag. Sampai je terus check in bag.

Gambar cenggini ja sempat. Boleh lah.

Passport dan Boarding Pass kitaa!
Setelah semua orang selesai check in bag, masing-masing bergegas ke depature hall. Selepas itu, boleh explore lah semua benda di Terminal 3 ni. Airport ni cantik sangat. Dah macam hotel 5 bintang. Kalau tunggu flight lama pun tak adalah bosan sangat. Banyak benda boleh explore. Siap ada butterfly garden dalam airport. No wonder Changi Airport disenarikan antara airport terbaik dan tercantik di dunia. 

Butterfly Garden
Dalam pukul 5.30 petang, kami naik flight. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Flight yang kami naik dari Changi ni Garuda Airlines. Kita pun dapat seat kat tengah-tengah tepi tingkap view pun cantik ja. Subhanallah boleh tengok keindahaan muka bumi dan langit ciptaan Allah. Kebetulan yang pergi ni, seat sebelah kita kosong. So bersenang lenang lah kita nak buat apa-apa pun. 

View dari tingkap kapal terbangku
Boleh pulak haritu kita terlupa bawak earphone kita, so tak dapatlah nak dengar muzik nak hilangkan bosan ke apa. Tapi nasib baik dalam flight ni dibekalkan surat khabar. Kita memang suka surat khabar dan rasa segar bila dapat bau newspaper. Sempat jugak lah selak-selak baca and teliti housestyle dia. Mengisi masa lapang kan. 

Surat Khabar Media Indonesia
Walaupun penerbangan dia hanya lebih kurang sejam ja, tapi makanan diberikan. So sesiapa yang tadi menahan lapar di airport boleh lah makan untuk mengisi perut. Ada sandwich, air mineral, muffin dan biskut. Muffin and sadwich dia sedaplah jugak rasa dia. 


Setelah rasa jauhnya perjalanan seharian, akhirnya kami berjaya mendarat di Lapangan Terbang H.A.S Hanandjoeddin, Tanjung Pandan dalam pukul 6.30 petang waktu Indonesia. Waktu di Belitung lambat satu jam dari waktu Malaysia. Alhamdulillah tiba saja di sana kami dijemput oleh tour guide dari MTN Getaways yang sangat peramah dan menyenangkan iaitu Heri dan Oty.

Ini ialah flight yang paling comel yang pernah kita naik!
Setibanya kami di sana, kami terus dibawa menaiki bas mini. Penuh satu bas.

Gambar Kitaorang beramai-ramai dalam bas :)
Destinasi pertama kami di Belitung ini ialah Restoran Raja Seafood Belitung. Sepanjang kami di Belitung, hidangan makanan kami semua seafood dan kesemuanya memang sedap-sedap belaka. Kalau sesiapa yang risau pasal makanan kalau nak travel, kat Belitung ni boleh dikatakan makanan seafood dia terbaik. Restoran Raja Seafood ni hidangan yang jadi favourite kita ialah lauk ketam dan ikan dia sedap. Sup bebola ikan pun not bad.

Menu makan malam kami pada hari pertama.. Ketaaaam 😍
Meja kami tak sampai berapa minit. Licin semuanya. siap ada yang meratah lagi kepala ikan tu. hahahaa. Ada yang tak cukup mintak meja orang lain lagi. hahaha. Selesai sahaja makan, kitaorang pun terus berangkat ke Hotel La Lucia. Di situlah tempat penginapan kami selama bercuti di Belitung ni.

Kunci Bilik Hotel
Sebaik tiba sahaja di Hotel, kita masing-masing seronok nak check in. Roomate kita selama 4 hari di Belitung ni ialah DikBee. Nanti jenguklah blog dia http://dikbee.com.

Nak tahu sesuatu tak, ada cerita kelakar di sebalik kunci bilik tu. Nak jadikan cerita, kita excited sangat nak ambil gambar dan video waktu nak masuk bilik tu, tapi terlupa nak sendal pintu tu. So, tengah sibuk merekod video, pintu tu tertutup hahahaha. Apa lagi terpaksalah turun bawah suruh housekeeping bukakkan bilik. Receptionist call je, cepat housekeeper datang tolong bukakkan bilik kitaorang. Haihh pengalaman lawak kami awal-awal jejak di negeri Laskar Pelangi ni.


Katil sorang satu, sangat selesa!

Bilik Hotel yang dilengkapi TV, Water Heater, Air Mineral, Aircond, Meja dan Peti Besi.
Untuk review keseluruhan tentang Hotel La Lucia ni, 

Kebaikkan
  • penginapan selesa
  • dekorasi cantik
  • bilik ada TV, water heater, mineral water semua
  • Syampoo dan sabun mandi pun disediakan.
  • Hanger ada tiga
  • Peti besi nak simpan barang berharga
  • Pendingin hawa yang berfungsi dengan baik.
  • Staff peramah dan helpful.
  • Hotel berdekatan dengan kedai makan dan kedai ole-ole.

Keburukkan
  • Tiada almari atau tempat gantung baju yang sempurna.
  • Seterika limited. Kena call operator, dia akan hantar cuma kena tunggu giliran nak guna.
Sekian untuk hari pertama di Belitung. Lihat entri tentang hari kedua pula ya!
Hari Kedua: Jelajah Ke Belitung Timur

Hari Ketiga: Teroka Kepulauan Belitung
Snorkeling dan Island Hopping

Nak tahu pakej percutian ke Belitung?
MTN Getaways Tawarkan Pakej Percutian Murah dan Berbaloi ke Pulau Belitung

Jika ada yang berminat nak pergi Belitung, 
Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
+65 8289 3688 (Amira)

Email:
admin@mtngetaways.com

2 comments:

  1. perghhhh...akak baru tahu ada orang yang boleh jadi segar kalau bau newspaper! rare ko ni farah!

    ReplyDelete