Menjelajah Ke Belitung Timur!

December 24, 2018


Hai semua. Harini Fara nak ajak korang ikuti cerita hari kedua fara menjelajah ke Belitung Timur. Hari kedua lah hari yang paling excited kerana aktiviti baru nak bermula kan. Sebelum memulakan aktiviti, pagi itu kami breakfast di Kafe Hotel La Lucia. Kafe yang cantik, dekorasi berkonsepkan moden vintage dan sedikit tema warna warni. Makanan pun sedap. I bagi rating makanan kafe kat hotel ini 4/5. 

Sarapan Pagi di Kafe La Lucia
Kafe La Lucia


Selesai bersarapan, kami terus menaiki bas dan menuju ke Belitung Timur. Perjalanan menuju ke sana lebih kurang satu jam lebih. Jadual pada hari kedua ni agak padat. Banyak sangat tempat menarik yang kitaorang pergi.

1. Replika Sekolah Laskar Pelangi 

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah replika sekolah yang ada dalam filem 'Laskar Pelangi' iaitu SD Muhammadiyah yang terletak di daerah Gantong. Sekolah ini adalah sekolah agama yang tertua di Belitung. Tujuan Andrea Hirata menceritakan tentang sekolah ini adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya orang Belitung dalam menggapai impian walaupun banyak halangan.


Replika SD Muhammadiyah


Replika Kelas SD Muhammadiyah

2. Dermaga Kirana
Lokasinya berhadapan dengan SD Muhammadiyah. Jalan kaki pun boleh. Dermaga Kirana dikenali sebagai Rumah Keong atau Rumah Rotan. Rumahnya dibangunkan di atas sebuah tasik yang dipanggil kolong oleh masyarakat Belitung. Kolong bermaksud bekas lombong bijih timah. Jujur cakap permandangan kat Dermaga Kirana ni sangat cantik. Tenang sangat duduk di sini. Kalaulah ada kampung yang dapat view macam ini confirm ku pergi tiap-tiap hari.

Rumah Rotan
Permandangan dia sangat cantik dan tenang! Kalau pergi time langit cerah cantiklah effect langit tu pada gambar.

3. Muzium Kata Andrea Hirata

Muzium ini merupakan muzium sastera pertama di Indonesia. Muzium ini dibangunkan oleh Andrea Hirata sendiri, penulis novel Laskar Pelangi. Muzium ini dibina bertujuan memberikan inspirasi kepada generasi muda di Indonesia terutamanya di Belitung untuk mengejar pelangi serta apa yang dimpikan.

Waktu Operasi Muzium Kata Andrea Hirata
Buku Laskar Pelangi yang ditulis dalam pelbagai bahasa
Ketika saya tiba ja di muzium ini, Allah cantiknya muzium ni. Sangat berwarna warni macam pelangi. Menimbulkan suasana ceria dan excited. Masuk je ke dalamnya, korang lagi bertambah impress. Tak pernah tengok muzium yang penuh dengan warna, berkonsepkan vintage dan setiap sudut di muzium ini sangat cantik. Boleh ambil gambar banyak-banyak kat sini.

Lukisan dan barangan dalam muzium ni sangat mempesonakan.
Dalam Muzium ini, ada warkop tau iaitu Warong Kopi. 

4. Kampung Ahok

Kampung Ahok ialah tempat kediaman Keluarga Ahok. Ahok atau nama sebenar Basuki Tjahaja Purnama, pernah menjadi Ketua Daerah Belitung Timur dari tahun 2005-2006. Beliau dilahirkan di Manggar, Belitung Timur. Ahok dikatakan banyak sumbangannya dalam membangunkan dan memperkenalkan Belitung. Di hadapan replika rumah ini, ialah rumah keluarga Pak Ahok yang sebenarnya, yang kini didiami oleh ibu dan adiknya. Rumah sebenar dia sudah direnovasi banyak kali. Rupa dia lain sangat dengan bentuk rumah asal yang macam replika kat atas tuh.

Warung di sebelah Rumah Ahok
Di warung ni, ada jual macam-macam. Boleh lah kalau dah penat berjalan, nak minum petang. Air kelapa ada, pisang goreng, jeruk, keropok dan macam-macam lagi.

5. Fega Seafood Restaurant

Akhirnya, tiba waktu yang dinanti nantikan oleh semua! hehe apa lagi waktu makan tengah hari lah. Masing-masing dah kebuluran melawat tanpa henti dengan cuaca yang panas di sini. Merujuk gambar di atas, ini lah Fega Seafood Restaurant tempat persinggahan kami untuk makan tengah hari, solat dan berehat.

Sajian Makanan Tengah hari di Fega Seafood Restaurant
Restoran ini dibina atas danau tau, jadi boleh lah feeling-feeling bercuti sikit apabila dapat makan atas air sambil menikmati permandangan yang indah. Bukan itu sahaja, makanan di restoran ini pun sedap-sedap belaka. Paling kita suka dia punya cumi-cumi iaitu sotong goreng tepung dia.

Cumi-Cumi
Air Kelapa - 20,000 rupiah kalau ada sesiapa yang nak pesan di restoran ini. Very recommended sebab isi kelapa dia tebal.
Selain itu, kat Belitung ini diorang memang sajikan korang dengan air mineral tu atau air teh tanpa gula tu aja. Memang nak suruh korang amalkan gaya hidup sihat. Tapi, kalau korang nak air selain daripada air mineral dan teh, korang boleh order dan kena bayar sendiri.

6. Warkop Millenium, Manggar

Manggar terletak di Belitung Timur. Di daerah ini sememangnya mempunyai lebih seribu satu warung kopi. Rakyat tempatan suka minum kopi di warung-warung di tepi jalan yang di panggil Warkop. Salah satu Warkop yang menjadi pilihan ramai ialah Warkop Millenium. Kopi-kopi di sini sedap-sedap tau terutamanya kopi coklat dia.

Menu yang ada di Warkop Millenium
Dia macam kat Johor lah, orang suka ngeteh. Kalau negeteh tak lengkap lah tak ada pisang goreng kan. Di Belitung ni pun sama, cuma diorang mengopi. kalau orang singgah di warung kopi untuk nak santai-santai atau berbual dengan kawan-kawan, tak lengkap lah kalau tak ada pisang goreng. Pisang Goreng kat sini lebih kurang je rasa dia macam di Malaysia.

Pisang Goreng di Warkop Millenium

7. Pantai Tanjung Pendam
Suasana Matahari Terbenam di Pantai Tanjung Pendam
Gambar kenangan kami waktu tengok sunset!

Kami akhiri aktiviti kami dengan melihat matahari terbenam di Pantai Tanjung Pendam. Suasana di pantai tanjung pendam, petang-petang hari gitu sangat meriah. Semua orang datang ke sini untuk melihat matahari terbenam. Seronok lah.

8. Restoran Kampong Belitong Timpo Duluk

Setelah semua penat menjelajah Belitung seharian, kita singgah di Restoran Kampong Belitung. Restoran yang mengetengahkan konsep tradisional dan adat orang Belitong. Nak makan dalam Restoran ni pun ada syarat tau. Makanan dihidangkan dalam dulang dan ditutupi dengan tudung saji. Oleh itu, siapa yang paling muda kena buka tudung saji dan bagi pinggan pada yang lain, siapa yang paling tua, dia yang boleh ambil makanan dahulu.




Restoran ini berbentuk seperti rumah tradisional, dekorasi hiasan dalaman dia pun berasaskan traditional dan adat orang Belitung. Terasa sangat apabila makan di restoran ini macam kita makan di kampung-kampung. Bukan itu sahaja, di restoran ini juga terdapat pameran kecil yang berunsurkan perkembangan zaman dan adat di Belitung.



Tokoh-Tokoh Terkenal Belitung
Ha, entry kali ini fara tunjuk banyak tempat menarik, cantik dan memukau kan.
Pakej ke Pulau Belitung ni sangat berbaloi kerana termasuk kos pengangkutan, makanan, aktiviti dan tiket pernerbangan.

Kalau ada yang berminat nak pergi bercuti di Belitung,
Boleh lah segera:-

Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
+65 8289 3688 (Amira)

Email:
admin@mtngetaways.com

Website:
https://www.mtngetaways.com
https://www.nazaholdings.com

Instagram:
www.instagram.com/mtngetaways

Facebook:
https://www.facebook.com/mtngetaways01/

Sekian, boleh lihat entri saya seterusnya berkenaan dengan Island Hopping dan Snorkeling Trip di Belitung. Kalau ada sebarang pertanyaan nak tanya tentang pengalaman saya, boleh tinggalkan pertanyaan anda di ruangan comment.😊

Nak tahu tentang hari pertama?
Hari Pertama: Terbang Ke Belitung

Nak tahu pakej percutian ke Belitung?
MTN Getaways Tawarkan Pakej Percutian Murah dan Berbaloi ke Pulau Belitung

You Might Also Like

12 comments

  1. Rasa macam masih berada kat Belitung lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tak boleh move on.. masih mimpi berenang renang dalam air yang jernih tu..

      Delete
  2. Bestnya farah dpt pegi sana.. cantik sgt view. Patut ramai xbole move on

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. tulah rezeki tak disangka sangka betul dapat pergi sana

      Delete
  3. Bila baca kisah Belitung semua, perasaan jadi sedih huhuhu..
    Kenangan terindah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn rinduuu.. antara kenangan yang paling indah utk tahun 2018.. Thank you sis uruskan kami ke Belitung. :)

      Delete
  4. Boleh masuk dalam list untuk holiday akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila masukkan please. best sgt kat belitung tauu!

      Delete
  5. Ahhhh tak boleh move on lagi dgn Belitung..serius best!

    ReplyDelete

Followers

Google+ Profile