Meneroka Keindahan Kepulauan Belitung - Faradidi's Blog

Breaking

Wednesday, January 2, 2019

Meneroka Keindahan Kepulauan Belitung


Hari ketigala hari yang paling excited sebab nak main air.. kita ni orangnya tak reti berenang, tapi suka dan teruja gila bila nampak air. Nak lemas jangan cerita, banyak kali. Tapi tak reti nak serik lah. Air laut kat Belitung ni pulak warna biru dia yang sangat memukau.. Memang geram rasa nak terjun ja, tapi fikir balik kau tu tak reti berenang jangan cari pasal.

Seperti biasa Sarapan di La Lucia Cafe
Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Pantai Tanjung Tinggi. Pantai ini terletak kira-kira 27km dari hotel penginapan kami dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit. Ketika dalam perjalanan, Oty entertain kami dengan menceritakan serba sedikit tentang sejarah, makanan dan tempat menarik di Pulau Belitung.

Oty bercerita tentang tempat-tempat menarik di Belitung
Pantai Tanjung Tinggi ini diapit oleh dua semenanjung iaitu Tanjung Pendam dan Tanjung Kelayang. Keistimewaan pantai ini ialah memiliki ribuan batu granit yang besar-besar dan tinggi. Batu-batu itu tersusun dengan cantiknya di sekitar pantai. Air laut pun jernih dan bewarna turqoise. Cantik sangat!


Batu-batu granit besar yang tersusun di persisiran pantai Tanjung Tinggi
Ketika meneroka pantai ni, rasa a little adventure pun ada sebab kitaorang nak ambil gambar punya pasal, masing-masing terpaksa melalui beberapa laluan di celahan batuan besar-besar ni. Setiap perjalanan korang lalui di sini, rasa amazing sangat sebab tempat ni cantik setiap sudut. Ditambah lagi dengan permandangan laut yang cantik dan tenang. Rasa tak nak berganjak je dari tempat ni.

Team kami bergambar di atas salah satu batu di Pantai Tanjung Tinggi. Foto: Hasif Mohamad
Seterusnya, kami menuju ke Pantai Tanjung Kelayang. Dari situ, kami menaiki bot untuk Island Hopping dan Snorkeling. Nak pergi Island Hopping ni korang bawak barang yang penting-penting sahaja. Barang tak penting, baju persalinan, selipar ke tu semua sila tinggal dalam bas. Barang yang kita bawak naik bot pada masa tu, cuma smartphone, action kamera, purse dan tuala kecil sahaja. Purse tu untuk korang nak beli air tambahan kalau-kalau haus ke kan.

Pantai Tanjung Kelayang
Sewaktu menaiki bot, kitalah orang yang paling excited tengok air laut. Yang Jasmine sebelah kita  dia memang tak boleh tengok langsung dia kata pening. Dia pun hairan macam mana kita boleh teruja tengok air laut tu. Sepanjang perjalanan tu mengahbiskan masa dok merekod percikan air laut tu ja.

Inilah Bot kitaorang naik!
Pulau yang pertama kami kunjungi ialah Pulau Garuda. Pulau ini tak jauh sangat dari Pantai Tanjung Kelayang. Dari pantai tu pun dah boleh nampak pulau itu. Bot tidak disarankan mendarat di pulau ini sebab keliling dia terlalu banyak batu. Takut bot tersangkut pulak nanti.

Pulau Batu Garuda
Bot kami berhenti setakat boleh nampak jelas pulau tu dan kita semua bergilir ambil gambar dengan batu garuda tu atas bot. Dia punya tukang bawak bot tu yang melayan kitaorang siap tolong ambilkan gambar sorang-sorang ikut turn.

Kemudian, kami teruskan perjalanan kami ke Pulau Lengkuas. Di Pulau Lengkuas, terdapat Rumah Api yang dibina pada tahun 1882 ketika zaman penjajahan Belanda. Hingga kini rumah api itu masih berfungsi dengan baik walaupun sudah berusia lebih dari seratus tahun.


Selain itu, permandangan di Pulau Lengkuas ini sangat mempesonakan. Pulau ini pun dilengkapi dengan suasana batu-batu besar, pasir pantai putih yang halus dan air laut yang tenang. Sesuai lah jugak nak bawak budak-budak mandi kat situ. Cuma kena berhati-hati dengan obor-obor. Adalah jumpa dua tiga waktu jalan-jalan tepi pantai dia. So, kena hati-hati walaupun tengah seronok takut terpijak nanti.





Di Pulau Lengkuas ini, kalau korang haus-haus boleh singgah minum air kelapa di gerai tepi pantai tu. Gerai kuih muih dan pisang goreng pun ada.


Aktiviti seterusnya ialah snorkeling. Semua dah get ready nak membasahkan diri. Fara mula-mula memang tak ada rasa keyakinan nak turun tu, sebab masa kat Tioman dulu sungguh-sungguh pergi snorkeling sebab nak tengok landak laut, lepas tu orang lain berenang ke lain, kita ke lain.

Nak lemas dh rasanya, tapi nasib baik pandai floating. So, kat belitung ni kita ambil jugak chance untuk cuba snorkeling. Tapi tak berani nak main jauh-jauh dari bot sebab takut hanyut ke mana tah hahaha.

Ikan berebut rebut timbul sebab nak makan biskut.. Foto: Dik Bee
Snorkeling port yang pertama berdekatan dengan Pulau Lengkuas tu jugak. Seronoklah kat sini banyak sangat ikan, ikan dia besar-besar jugak. Bila campak biskut semua timbul. Terumbu karang pun ada tapi jauh kedalam. Tapi serius port yang kat sini memang best ikan dia banyak geram tgk.

Kak Sunah dan ikan-ikan. Foto: Dik Bee
Selepas snorkeling, kitaorang berhenti berehat di Pulau Kepayang untuk makan tengah hari. Makanan di pulau ini sedap-sedap terutamanya lauk ketam dan cumi-cumi dia.

Hidangan makanan tengah hari kami di Pulau Kepayang.
hahah Mata kita kejamm sebab silauuu. Orang rabun silau kuat ginilahh. Foto: Dik Bee

Selepas makan dan rehatkan diri. Kita sambung lagi snorkeling! Kali ini snorkeling berdekatan dengan Pulau Kepayang.

Gambar lepas snorkeling


Yang atas video ini diambil di snorkeling port yang kedua. Di port kedua ni, ikan dia banyak tapi suka duduk dekat dasar laut and dekat-dekat dengan terumbu karang. Terumbu karang boleh nampak jelas di port yang kedua sebab jarak dia dengan permukaan air dekat sedikit.

Selepas itu, kami bergerak ke tempat yang lebih adventure sedikit iaitu ke Pulau Kelayang.  Di pulau ini terdapat gua yang terbentuk daripada batu-batu granit besar. Korang berpeluang untuk menyelusuri gua. Cuma ketika jalan perlu hati-hati takut licin.

Pulau Kelayang
Kami menyelusuri batu-batu granit untuk ke gua. Foto:Dik Bee
Kita dan Dik Bee!
Foto: Dik Bee
Sesi berendam dan floating. Foto: Dik Bee
Selesai menjelajah Gua, kami menghabiskan masa bermandi manda di air laut biru yang jernih dan tenang. Walaupun hari ni pack dengan aktiviti, tapi kami sangatlah puas hati sebab best sangat dapat tengok keindahan alam ciptaan Tuhan.

Kalau ada yang berminat nak pergi bercuti di Belitung,
Boleh lah segera:-

Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
+65 8289 3688 (Amira)

*untuk dapatkan potongan harga yang istimewa.
Boleh gunakan promocode: FARADIDI75

Email:
admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

Sekian, tunggu pula entri Hari Terakhir saya di Belitung.
Kalau ada sebarang pertanyaan nak tanya tentang pengalaman saya, boleh tinggalkan pertanyaan anda di ruangan comment.😊

Nak tahu tentang hari pertama?
Hari Pertama: Terbang Ke Belitung

Nak tahu tentang saya menjelajah ke Belitung Timur?
Menjelajah Ke Belitung Timur

Nak tahu pakej percutian ke Belitung?
MTN Getaways Tawarkan Pakej Percutian Murah dan Berbaloi ke Pulau Belitung

15 comments:

  1. tersenyum2 hakak membacanya...hihihi....rindu nak snorkeling lagi..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah cantiknya permandangan Sis. Mak nak pergi jugalah!

    ReplyDelete
  3. wowwwwww. bestnyaaa...teringat kenangan geng boat #Gitcheww. hahahaha.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. dah pandai floating pasni ni boleh pergi snorkeling lagi.. next destination please.. hahaha

      Delete
  4. Cantiknyaaa pulau dia. Rindu nak g pulau n snorkeling. Best sgat huhuu

    ReplyDelete
  5. wahhhh... marvellous sangat tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahh cantik kak mia.. air dia warna cam green turqoise.. gitu..

      Delete
  6. cantiknyaaa air laut. memang mengundang untuk terjun berenang =D

    ReplyDelete
  7. Hi i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i
    read this post i thought i could also make comment
    due to this sensible piece of writing.

    ReplyDelete
  8. That is a very good tip particularly to those new to the blogosphere.
    Simple but very precise info? Thank you for sharing
    this one. A must read post!

    ReplyDelete