About

Assalamualaikum,
Hi, Selamat Berkenalan!

"Tentang Saya"

Nama saya Farah Dinah Hassan, dilahirkan pada 13 Jun 1995. Berasal dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Pernah bersekolah di SK Tanjung Puteri, SMK Tasek Utara 2 dan SMK Tasek Utara. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di sebuah universiti tempatan.

Secretive itulah saya. Saya tidak selesa bercerita tentang diri saya dengan sesiapa pun. Siapa yang betul-betul mengenali saya, mereka akan tahu siapa saya. Jika mereka mahu mengenali saya, mereka kenalah cari tahu sendiri siapa saya. Selain itu, saya ada perasaan ingin tahu yang tinggi dan suka mencuba benda baru demi memenuhi kehendak dan minat saya terhadap sesuatu. Selain itu, saya suka mendengar cerita dan pengalaman orang lain sebab saya suka cara, emosi dan gelagat ketika seseorang itu sedang bercerita dan kadangkala kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain. Saya memang pelik tetapi itulah saya.

"Tentang Blog Ini"

Sebenarnya blog ini telah diwujudkan pada tahun 2009. Kemudian, saya berhenti menulis blog pada tahun 2012 kerana disebabkan beberapa faktor antaranya kesibukan melanda. Sekarang ini, saya akan cuba untuk menulis blog kembali dan mula balik dari bawah dan saya perlukan sokongan dari pembaca semua. Blog ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, cerita, minat, idea, pandangan dan secara tidak langsung ianya dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengasah kemahiran menulis yang sedia ada. Saya berharap agar kandungan blog ini sedikit sebanyak membantu dan memberi manfaat kepada semua orang.

"Jangan lihat siapa yang berbicara tetapi lihat apa yang dibicarakan. Manusia tidak pernah sempurna. Jika ada salah dan silap berkenaan dengan penulisan atau tingkah laku saya mohon maaf dan sila beri tunjuk ajar.. "


Copyright © 2017 Farah Dinah Hassan , Blogger