Buffet Ramadan 'Spices Of Nusantara' di Legoland Malaysia! - Faradidi's Blog

Breaking

Sunday, May 5, 2019

Buffet Ramadan 'Spices Of Nusantara' di Legoland Malaysia!

Pasti ramai tak sangka yang Taman Tema terkenal Legoland Malaysia ada Buffet Ramadan.. Jujur cakap berbuka di sini sememangnya mewah sangat.. Kanak-kanak pun pasti gembira sebab masuk sahaja pintu utama Hotel Legoland tu, ha seperti ada syurga lego di situ.. Jadi, tidaklah mereka bosan sementara nak tunggu waktu berbuka kan.. Selain itu, alas meja makan di Legoland pun macam canvas.. Kanak-kanak boleh nak mewarna atau melukis sambil makan.. menarik sangat!

Di sini makanan memang banyak sangat pilihan, tetapi sepanjang Ramadan ni mereka akan menyediakan juadah makanan yang bertemakan 'Spices of Nusantara'. Ini bermaksud akan ada banyak gabungan menu tradisi nusantara dari Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, indai, Indochina serta menu antarabangsa yang lainnya. Saya jamin semuanya sedap dan bakal menepati citarasa pengunjung.

Spicy Prawn With Basil
Chicken Lasagna
Salmon Citrus
Rojak Buah
Steamed Fish Tom Yum
Pasembur
Prawn Thermidor
Roasted Duck Indonesian Style
Antara menu Ramadan Special, pengunjung akan dapat menikmati lemang, ketupat, burasak, rendang tok, rendang minang , daging deng deng, beef serunding, chicken serunding dan bubur lambuk.




Tidak lupa juga, untuk pembuka buka puasa kita, kalau ikut sunnah, kita mestilah berbuka dengan kurma terlebih dahulu barulah makan makanan yang lainnya kan. Ha, di Legoland ni, korang bukan sahaja dapat sebiji dua biji kurma untuk berbuka. Mereka persembahkan beberpa jenis kurma buat anda semua. Pilih lah kurma apa yang nak dimakan untuk berbuka.


Seterusnya, terdapat juga stesen makanan 'Live Action' iaitu Pasta Bar, Grilled Corner, Action Market, Goreng-Goreng, Fried Noodle Stall, Roti & Murtabak, Beverage Counter dan Ice Crean & Cendol Counter.

Roasted Chicken





Difahamkan juga, terdapat banyak juga pilihan hidangan pencuci mulut, kek serta manisan buat pengunjung. Kuih muih tradisional ada, antarabangsa pun ada. Mewah tau urhidangan kuih muih, kek di sini. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata nak ambil yang mana satu dulu. Larat tak larat je nak cuba semua. Tapi kalau korang pecinta dessert macam farah memang kalau boleh nak cuba kesemuanya. 

Antaranya kuih muih tradisional yang bakal dihidangkan ialah kuih bakar jagung, kuih lopez, kole kacang, kuih ketayap, pulut panggang, cucur badak, sagu gula melaka, dodol, seri muka, apam pisang, karipap, pulut kaya, kuih lapis, getuk ubi, keria, kasturi, bingka jangung dan banyak lagi.





Kuih muih antarabangsa pula terdapat, mousse cake, vanilla cake, green tea cake, lamington, brownies, fruit jelly, chocolate moist, chocolate fudge, strawberry cake, white mud cake, puddings dan sebagainya.





Sejujurnya, buffet Ramadan ini memang antara salah satu yang dalam list buffet ramadan paling saya suka kerana pilihan makanan yang banyak, hampir semua benda ada, cakap je teringin nak makan apa dan masakkan makanan di sini pun sedap serta sangat menepati citarasa semua orang. Pengunjung boleh makan semampu yang boleh masa diberikan untuk makan pun panjang dari 6petang hingga 10malam. 

Spices of Nusantara Ramadan Buffet
6 Mei hingga 6 Jun 2019
6pm - 10pm
Harga:
Dewasa - RM148.00nett
Kanak-kanak - RM78.00nett

Untuk tempahan atau pertanyaan, 
hubungi 07-5603808/3884 atau email admin.fnbhotel@legoland.my

19 comments:

  1. hihi scroll skrng xpe lagi.. jap gi jap gi bahaya da.
    tngk la tuuu pilihan menu dia. nampak sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  2. kak ana pun baru tau legoland ada offer bufet ramadan. semua menu memang terbaik dan nampak mewah.

    ReplyDelete
  3. Memang mewah betul nmpaknya. Sesuaah dgn harga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. dengan jenis makanan banyak, rasa pun sedap.. memanglah harga tu sangat berpatutan..

      Delete
  4. legoland pun ray tak pernah jejak lagi haha. but all the foods, as usual looks so so good. yums

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jejaklah.. and buffet di legoland very recommended sebab mmg sedap!

      Delete
  5. Tak boleh tahan nengok salmon tuuu huhuhu sedap gilerrrr

    ReplyDelete
  6. Sedap2 semuanya. Selamat berpuasa sis :)

    ReplyDelete
  7. bestnya..kalau la dekat legoland tu..akak dh pi petang ni...ehhh..hehehe

    ReplyDelete
  8. omaiii sedapnya juadah...uihhh da la pose terliur kite haha..selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  9. dia punya menu tuh semua... ya ampun

    ReplyDelete
  10. yeayyy nanti datang sini lagi!

    ReplyDelete
  11. dugaan betul bla tgk entry ni di hari kedua ramadan ;-)

    ReplyDelete
  12. wow! legoland pun buat ramdhan buffet. menarik

    ReplyDelete