Memori Tercipta 2018

December 31, 2018


Assalamualaikum semua!
Sekejap ja masa berlalu pergi. Dah sampai dah ke penghujung tahun 2018. 
Sebak rasanya hati kerana terlalu banyak sangat memori indah tercipta dalam tahun ini. 
Selamat Tinggal Tahun 2018!

Sebelum memulakan kehidupan baru pada 2019,
nak throwback sikit beberapa memori bersama keluarga dan rakan tersayang!
Sebab dioranglah tulang belakang kejayaan dan kegembiraan kita untuk tahun ni!

Bukan senang 7 gadis ni nak berkumpul, sejak habis sekolah semua dah sibuk dengan kehidupan masing-masing. So, mungkin sebab ramai yang dah tamat belajar, dapatlah kita berkumpul kembali! Untuk tahun 2019, mungkin kita patut celebrate kot our 10 years friendship!
Dapat tengok baby panda! Comelnyaa! Masa ni dia baru 3 bulan lahir!
My baby brother masuk U. Adik kita tak ramai dua orang je ni!
Hooray! Kami berjaya tamatkan degree! Majlis Konvokesyen 2019!

Dua gadis comel ni kawan baik kita kat Shah Alam. Kalau pergi sana, mesti singgah jumpa dedua ni!

Sejak dari masa tengah belajar lagi, kami impikan nak pergi air terjun. Settle je present report intern, terus pergi bercuti! Sayang, Yuzfazrina tak dapat nak join. Kalau tak lengkap dah!
Ini Yuzfazrina, kawan assignment, study sampai lewat malam semua!  Masa sebelum balik JB lepas hantar report intern, sempatlah jumpa Yuzfazrina ni.. Dia ni kuat orangnya, walaupun pregnant, dia boleh snorkeling, jungle trekking semua tau! Teman kaki jalan, kaki shopping kita! Jom gi pulau next year Yuz! Kita bawak baby Rifqi! 
Ledang Trip dengan Zaty, Iffah dan Puteri! Yang ni best sangat trip yang tenang dan relax! Kalau duduk dengan diorang ni, sentiasa ada je benda nak cerita.

Rinduuu Team NSTP Johor! Thank you semua atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan! Di NSTP lah kerjaya saya sebagai wartawan bermula, banyak sangat benda belajar kat sini!

Ini antara artikel yang tulis! Alhamdulillah, berjaya publish lebih seratus artikel untuk printed dan online news semasa intern di NSTP! Paling best perasaan bila dapat byline nama sendiri!

Masa saya pergi assignment Food Review di Swiss Inn Hotel lah jumpa JDT Bloggers! Diorang semua baik and friendly!
Bertegur dengan mereka sebab ada salah sorang antara mereka terjatuhkan makanan lepas tu ada yang terpijak.

Ini adalah first event kita after join JDT Bloggers! Seronok sangat dapat kenal diorang! Thank you Sis Lin! Sis, yang bukakkan hati kita nak berblogging balik! 
Berpeluang dapat meneroka keindahan Belitung bersama Bloggers dan Influencer! Seronok sangat! Memori ni sampai sekarang masing-masing tak boleh nak move on dah! Thank you MTN Getaways Pte Ltd!
Alright, setakat ini sahaja.
Selamat Tahun Baru! Jumpa di tahun 2019!
Terima kasih kepada semua yang menceriakan tahun 2018 kita!

You Might Also Like

4 comments

  1. Alorhh tetiba terindu didi memalam ni 😆

    Bestnya part byline first nama sendiri kat newspaper tuu 💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo.. rindu kak sun jugak! nanti kita ngeteh jom. :D

      Delete
  2. pehh best gilerrr seyhhh... jom kita sama2 capai impian kitaaa.. kipidap and dongibab ! 🤗🤗🤗

    ReplyDelete

Followers

Google+ Profile