5 Idea Hidangan Kreatif Maggi Dari YouTube

December 01, 2018


Maggi ialah makanan kegemaran setiap orang. Setiap rumah pasti menyimpan stok maggi dari semasa ke semasa disebabkan maggi berguna jika kita ingin berjimat, sedang mengembara ataupun terlalu sibuk sampai tak ada masa nak masak dan nak beli makanan di luar.

Tapi, kalau kita asyik buat resepi maggi yang biasa tu je kita pun jadi bosan makan maggi kan. Kenapa tidak kita pelbagai kan resepi kita kan? Dalam hidup kita perlukan kepelbagaian. Oleh itu,  saya nak kongsikan idea-idea masakkan maggi yang kreatif dan luar biasa dari YouTube untuk korang semua cuba. Cuba tau nanti!

1. Maggi Masala Pizza

Resepi ni siapa gemarkan pizza boleh lah cuba. Cuma kena pandai pelbagaikan bahan-bahan mengikut citarasa. Asyik makan pizza biasa yang base dia roti kan, kali ini tukar base dia maggi pula cuma tinggal letak sos tomoto, keju dan bahan-bahan toppings seperti cendawan, sosej dan pepperoni. Kemudian, bakar dalam ketuhar. Mesti rasa dia sedap kan, bau pun menyelerakan.


2. Resepi Popia Maggi Goreng Cheese



Haritu duk viral tentang popia carbonara cheese. Ha boleh kot cuba resepi ni, Popia Maggi Goreng Cheese. Untuk siapa nak diet tak galakkan kot. Sebab maggi tu akan digoreng, ditambah pula dengan cheese, kemudian goreng pulak popia tu. Tapi kalau nk cuba jugak boleh ja.


3. Lagsana Maggi


Resepi ni Italian sangat. Biasanya kita gunakan daging cincang kan, tapi resepi di atas ni dia hanya gunakan hot dog sahaja senang. Sayur-sayuran pun dia pakai yang mudah macam brokoli, lobak merah dan cili. Kemudian letak pasta sheet nak buat dia berlapis. Boleh cuba, resepi simple dan menarik.

4. Cucur Maggi


Kalau bosan makan cucur ikan bilis ja, cubalah buat cucur maggi pulak. Apa agaknya rasa dia. Nanti kelapangan fara nak cuba lah. Sedap makan cucur waktu minum petang kan.

5. Kerabu Maggi Asam Laksa

Ini resepi istimewa yang kita jumpa di YouTube dari Sheila Rusly. Resepi mudah dan tak ambil masa lama nak siapkan dia. Sedap tengok bila part dia tengah gaul dengan udang dan sotong tu. Terus lapar dan rasa nak makan kerabu maggi ni sekarang jugak. 

Sekian dari saya untuk hari ini. Selamat mencuba! Kalau ada yang dah pernah buat salah satu resepi di atas boleh lah kongsi rasa dan pengalaman di ruangan comment di bawah ini.

You Might Also Like

12 comments

  1. ada juga cadang nak buat macam macam tapi selalu nya yang basic tu juga la last last

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hahaha. tak dapat dinafikan bila datang hari malas tu maggi biasa jugak jadi pilihan

      Delete
  2. wowwwww.......sekali tengokkkk habis terliur...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Waaaa boleh cuba ni nantiii...
    Walaupun maggi tapi kalau dah di masak pelbagai gaya, jadi sedap kannn

    ReplyDelete
  4. cucur maggi tu macam menarik ajee..hihihi

    ReplyDelete
  5. kenapa semua sedap sangat ni..nanti agak² dah ketandusan idea nak makan ape,boleh la buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. bila tak tau nak masak apa boleh try nanti

      Delete
  6. Ya ampunn, sedappp..jadik lapaqq nii..huhu

    ReplyDelete

Followers

Google+ Profile