Photopea Alternatif Bagi Sesiapa Yang Tak Ada Photoshop - Faradidi's Blog

Breaking

Friday, May 15, 2020

Photopea Alternatif Bagi Sesiapa Yang Tak Ada Photoshop


Photopea? Bagi yang baru mendengar nama tu mesti rasa asing sangat. Kalau sebut Adobe Photoshop, kebanyakkan orang tahu, perisian atau software yang digunakan untuk edit gambar, buat posters dan sebagainya kan. Photopea ni dia sama jugak, cuma dia bertindak sebagai online editor. Senang cerita dia ni klon kepada Photoshop. Dia mempunyai kebolehan yang sama seperti photoshop. Dari segi feature, user interface, function tools dan shortcut keys dia lebih kurang sama. Boleh dikatan 95% sama.

 Ini adalah view dia bila buka Photopea di web browser. Korang boleh tengok dari segi tools dan windows kat tepi tu semua memang lebih kurang sama macam photoshop.


Apa Yang Menarik Tentang Photopea?

1. Edit File Photoshop & Illustrator Online

Saya dah cuba, memang boleh. Buka file psd. pun boleh, ai. pun boleh. Perasaan dia sangat mengujakan, boleh tambah design, gerak-gerakkan vector. Benda ni sangat berguna bila kalau esok ada hari yang kita terlupa bawa laptop sendiri, masih boleh edit lagi guna PC atau Laptop lain yang tak ada perisian Photoshop dan Illustrator.

Ini contoh file ai yang saya buka dari komputer peribadi saya.

2. Senang Buat Social Media Post Atau Poster

Boleh lah buat social media post yang simple guna Photopea ni. Cara nak design dia sama macam nak design dalam Photoshop. Paling best, dia dah siapkan template saiz ikut kategori social media, ads, screen, print, mobile dan sebagainya. Tinggal pilih ja nak buat untuk apa. Nak custom size pun boleh dan selepas itu, design ja macam biasa ikut kreativiti anda.  

Korang lihat pada belah kiri gambar ni, Photopea dah sediakan ikut size template. Tinggal klik ja.

Gambar di atas ni adalah hasil test test saya buat social post untuk instagram. 

3. Boleh Edit Gambar

Photopea ni pun berfungsi sebagai online photo editor. Very funtional lah untuk siapa yang suka edit gambar. Sama macam photoshop kalau nak edit boleh pakai adjustment tool yang gambar cicle macam gerhana bulan kat hujung belah kanan. Nak adjust brightness, contrass, colour, saturation, vibrance semua boleh.


Ini ialah hasil gambar yang dah edit menggunakan Photopea. Siap letak watermark dah pun. hahaha. tak payah susah bukak photoshop, nak tunggu loading bagai. Benda ni macam altenative dan instant photoshop bagi korang.

Ini gambar yang sebelum di edit apa2. Memang original photo.

4. Boleh Remove Background

Tools untuk remove background masih sama. Kalau fara memang suka guna pen tool sebab dia smooth sikit edges dia. Trace jelah imej atau objek yang kita nak. Kalau tak na guna pen tool pakai eraser tu pun boleh tapi kena berhati-hati lah. Tools lain yang boleh guna untuk buang background lasso tool, polygonal tool ataupun quick selection tool. Kekurangan dia kat sini, dia tak ada magic eraser tool dan quick selection tool dia tak berapa nak berfungsi baik macam kita guna kat photoshop.

Yang ni hasil buang background guna Photopea.

5. Boleh Edit Pdf Files

Kalau korang ada pdf files yang diedit, ada kesalahan ejaan ke apa, ataupun nak isi borang, letak tandatangan semua. Boleh jugak gunakan Photopea ni. Farah try uploadkan pdf files, menariknya dia automatik detect fonts dari pdf files tu. memang senang nak ubah perkataan.

Pdf files yang fara upload ni gunakan font Arial, sedangkan dalam list font dia tak ada font Arial tu. Dia automatik detect, font tu ada dalam list dia dan kita pun senang nak ubah apa-apa words yang ada dalam file tu.

6. Boleh Save Dalam Pelbagai Bentuk Files


Files yang kita dah design atau edit, boleh save dalam pelbagai jenis files. Ikut keperluan lah, kalau rasa korang nak re-edit berkali kali files tu simpan dalam photoshop format. Kalau untuk poster dan sebagainya boleh export as image file macam jpg, png dan gif. Untuk dokumen boleh export as pdf. Cuma, tadi kan fara ada mention Photopea boleh read files ai and boleh edit. Tapi, dia tak boleh save as ai files.

Kalau korang nak rasa pengalaman baru gunakan Photopea ni, bolehlah ke laman web dia https://www.photopea.com/ 

9 comments:

  1. Pertama kali dengar tentang Photopea. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. ooo nice gilerr ek, senang sebab boleh buat online jeee

    ReplyDelete
  3. Waaa ni Sunah suka ni, dia kan rajin edit dan godek hahahaha..Sis ko photoshop tu pun tak reti guna gak Farah...hahahahah

    ReplyDelete
  4. pehhhhhh inilah yang kita cari selama ni, hahhaaa. Thank you thank you, nanti download boleh senang I edit itu dan ini heheehe

    ReplyDelete
  5. wah sebijik macam photoshop. online pulak tu.

    ReplyDelete
  6. kena orang yang pandai guna adobe jugak..
    kalo macam saya tak reti sangat terkial2..

    ReplyDelete