Tiba-Tiba Aja Kena Tahan Nak Masuk Singapura! - Faradidi's Blog

Breaking

Tuesday, September 17, 2019

Tiba-Tiba Aja Kena Tahan Nak Masuk Singapura!


Cerita dia bergini. Member masa study dulu nak datang Singapore.. So mereka nak I jadi tour guide diorang.. Diorang dari KL memang terus shoot Singapore.. Target diorang sampai tu dalam pukul 2 lah gitu.. So i pukul 1 lebih baru nak gerak masuk Singapore.. Cerita dia ikut Woodlands memang jauh lah nak ke Queenstreet dengan jam lagi.. Jadi I ikut Tuas.. 

Sampai aja di checkpoint Tuas.. Pegawai tu tahan suruh i ikut dia.. Pegawai ni pun tak cakap apa2..  Dia cakap ikut dia aja.. dalam fikiran  macam2.. ingatkan passport ada masalah ke apa.. Teringat si Amat masa pergi belitung.. lama gila kena tahan..

Bila dah masuk satu kawasan tu.. Dia soal lah siasat bila last masuk..pernah bekerja di Singapura atau tidak.. Selalu pergi mana.. Banyak kali bermalam selalu kat mana.. Kat rumah sedara mara lah banyak kat sana.. i dah cuak macam2 soalan.. Rupanya, dia suruh i daftar Frequent Traveler Programme (FTP)..  Dia kata senang nak masuk Singapore sebab I banyak kali ulang alik berdasarkan rekod.. I pun ya kan jalah.. otak tak fikir apa.. aku dah lambat nak jumpa member ni..

 Stuck kat situ dah dekat 30 minit.. sebab ada jugak orang lain yg nak buat.. macam nak buat passport.. Isi borang.. scan cap jari.. ambil gambo.. dengan muka tak senonoh penat kejar masa kan.. last sekali.. dah siap semua.. dia cop kat belakang passport you frequent traveller... Pastu diorang kata lepas ni I masuk Singapore i boleh pakai e gate dia. Just proceed with my passport and thumbprint. Dah macam orang yang bekerja under work permit dpt privilege ni.. 

Member i kata.. dia sampai banyak kali datang nak mohon jadi frequent traveller untuk masuk sana tapi tak ada orang nak layan permohonan dia.. dah dua tiga kali.. kadang2 pegawai yang nak buat tu tade kan.. dia kata i lucky betul sebab pegawai imigresen tu yang offer.. 

I rasa ni sebab berkat masuk dari Tuas..  Selalu masuk dr Woodlands ramai org kan.. Checkpoint tuas tu tak ramai org sangat.. Tu yang pegawai dia rajin kot offer..Selalunya pegawai imigresen Singapore kan muka serius dan garang kan.. But yang I pergi kali ni berurusan dengan pegawai cina lelaki dan perempuan.. sangat friendly and layanan dia baik.. At some point, I rasa benda ni Singapore buat untuk kurangkan jam dan beratur panjang.. 

Tapi, cerita dia lepas ni kena struggle dengan Singaporean dan orang yang pakai work permit.. Macam ala2 mesin scan passport kat Malaysia tu.. kalau time orang ramai.. still kena beratur panjang.. pastu tak cerita lagi bila cap jari tak lepas.. kadang jari kita terlalu kering or sweating.. dah kena beratur lane biasa.. haha the idea is the same guys..

I belum nak try sekali lagi eIACS system atau e-gate dia.. sebab ritu masuk dari Tuas.. clearly memang tak ramai org..  belum nak cuba masuk Singapore dari Woodlands.. nanti kalau dah try.. kita tengok assumption i yang kat atas ni betul ke tak atau sebaliknya.. dan i kongsikan lebih lanjut tentang FTP Program untuk siapa yang rajin ulang alik Singapore di lain hari..

10 comments:

  1. Kalau akak dah tentu2 cuak dah ni...

    ReplyDelete
  2. Ooo teringat pulak Sis pernah di offer mcmtu Farah masa keluar masuk ke Tua dulu, tapi masa tu memang Sis ko suntuk sangat masa sebab park kete tak kena park lot, takut kena saman, nasib pegawai tu faham, so dia just bagitau, lepas ni daftar sebagai FTP tu...memang ada tu, elak jem hehehe

    ReplyDelete
  3. wow yu ni dah ber i yu i yu ekkk...hahahahhahahah

    ReplyDelete
  4. kalo sy ni gelabah lain mcm.. nangis bucu katil..

    ReplyDelete
  5. cuak gak kalau kena tahan macam ni...

    ReplyDelete
  6. tapi kalu msk kat airport pun kena mcm ni jg ke?

    ReplyDelete
  7. wowwwww.....kawan2 yang kerja sg memang ade selalu citer benda ni. tapi xtau pulakk fara di offer.hahhaa..

    ReplyDelete
  8. uuish kalooo kite pun cuak awak ooi.. kena tahan gitu.
    cubalah pegawai tu jangan dok seram2 sngt..

    ReplyDelete
  9. baru tahu ada gate dekat tuas, selalu dengar woodland je. Memang betul la lucky sampai officer nak offer haha tajuk buat cuak tau

    ReplyDelete