Bubble Tea Secret Recipe Manis Betul !!


Makin menjadi trend bubble tea sekarang ya.. sampai outlet macam Secret Receipe pun ada boba series kan.. Fara sebenarnya tadelah memburu bubble tea ni sangat.. cuma bila kawan minum, kita pun nak rasa lah jugak.. Ada member fara sorang ni, dia seboleh boleh suruh I rasa bubble tea secret recipe sebab dia kata sedap sangat..

Dia bukan ada boba milk tea aja, buah buahanan, coffee punya boba series pun ada.. Nah, korang usha dia punya menu kat bawah ni..


Tapi, tu member beli di outlet yang kat KL.. I beli yang outlet kat JB ni tak sedap.. sebab yang tukang buat dia lain.. jadi rasa dan sukatan setiap outlet pun pasti berbezalah kan..Fara order yang boba brown sugar milk tea tu.. dah cakap kurang manis.. tapi dia manis nak mampuih.. boleh potong kaki..  I dah goncang sama rata kasi manis dia sebati.. pastu tetap manis.. last2 i minum sikit pastu tambah air masak banyak-banyak... Sejak dari minum yang ni, terus taubat tak nak minum bubble tea.. dia punya manis terus hari2 esoknya cut down sugar intake..

Konklusinya, mungkin kena try bubble tea ni di outlet yang lain pula atau try menu lain kan. Sebab orang lain kata semua ok just nice sedap. I rasa tak kena dengan tekak sebab diorang buat manis sangat.. lepas tu susu kurang betul macam tade rasa susu langsung.. I rasa manis gula tu aja.. Kalau korang tengok gambar yang i ambil tu pun dah nampak kan manis dia teruk sangat!

Difahamkan, tak semua secret recipe outlet ada offer boba series ni. Kalau ada yang berminat nak mencuba mungkin boleh check outlet berdekatan dengan korang di link https://www.secretrecipe.com.my/secret-recipe-boba-series-outlet-list/


Post a Comment

7 Comments

  1. uikkk, manis sungguh tu rupa dia...seremmmmm

    ReplyDelete
  2. setakat ni xberani lg nk try boba tea sbb tkot dpt yg manissss mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. menariknya, banyak jgk pilihan boba kt SR... harga pun kira mampu milik lah... tp kalau manis sangat mmg nak minum pun tak sanggup... lagi lah jenis yg tak berapa minum manis nih

    ReplyDelete
  4. dah beberapa kali nmpk n nk sggh tp x tergerak hati lg...nk suh org belanja kot hahahaa

    ReplyDelete
  5. yang kat SR ni kat selected kedai je.. yang dekat ngn rumah kite xdok bubble tea ni..
    nantila kena p kat bandar la gamaknya. tapi melecaih gitu kena mintak less sugar.

    ReplyDelete
  6. ramai jugak yang kata sedap tapi tak berani nak try sebab bakery ni kan suka manis2 haha

    ReplyDelete