Pertama Kali Mencuba Bubble Tea The Alley! - Faradidi's Blog

Breaking

Friday, August 2, 2019

Pertama Kali Mencuba Bubble Tea The Alley!


Trend bubble tea sekarang semakin hari semakin menjadi. Macam-macam brand dah keluar. Tak kira local ke International ke semua bersaing untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat bubble tea. Ha, saya pun tidak terkecuali lah nak merasa bubble tea ni. 

Ha, kali ni nak buat review tentang The Alley. Sebenarnya sebelum ni dah dua kali pergi tak kena masa. Asyik suruh tunggu brown sugar dia masak aja.. Memang tidaklah nak menunggu.. lama kot.. Lagi sejam lebih baru nak masak.. Tapi semalam, kami bertuah lah tup tup brown sugar series available waktu pergi semalam.. 

Bila dah available tu.. apa tunggu lagi.. kami order lah Brown Sugar Deerioca Milk dan Brown Sugar Deerioca Matcha Latte. Okaylah dari segi servis. So far, semua okay. Tak perlu nak menunggu lama mungkin sebab kitaorang pergi hari weekdays kan. Staff pun friendly. 

πŸ‘‰Brown Sugar Deerioca Milk 
RM12.90

πŸ‘‰Brown Sugar Deerioca Matcha Latte 
RM13.90

Untuk Bubble Tea dia antara dua tu.. Fara suka yang Matcha Latte.. sebab susu dan matcha dia balanced.. Brown sugar dia pun rasa.. Semua just perfect! Untuk Signature drink dia, terlalu milky. Sedap cuma susu banyak lagi dari brown sugar sampai tak rasa pun ada brown sugar kat dalam air tu.. Muak pun muak bagi orang yang bukan penggemar susu..


Nak repeat ke tak? Of course akan repeat yang Matcha Latte tu! Sedap weyh. Tak cukup satu bekas tuh. Macam nak order lagi.. huhuhu.. Tapi nafsu tidak boleh diikutkan kan. hehehe Sekian, review pendek dari saya.πŸ˜‰

5 comments:

  1. Akak x tau kenapa x leh terima di tekak air ni..mmg seronok tgok orang update dan viral sana sini..agaknya faktor umur kot..hahaha

    ReplyDelete
  2. bila nk try akak nih, yg jenama tealive pun jarang sgt beli... hhehehe
    almaklum dh tua, nk minum yg manis2 dh jarang2 tp tingin jgk kadang tu, org asik cite je kn

    ReplyDelete
  3. lom penah rasa lagi the alley ni.. tp tgk yg matcha tu memang nampak best.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ai suka mango smoothies dia. Tak manis sangat. Just nice.

    ReplyDelete
  5. wahhh sedap ek? boleh la try nanti matcha latte tu..kalo yang original susu je memang takleh terima di tekakku..haahaha

    ReplyDelete