Hidangan Buffet Ala Middle Eastern di Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru - Faradidi's Blog

Breaking

Wednesday, August 7, 2019

Hidangan Buffet Ala Middle Eastern di Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru

Hellooo! Berita baik buat penggemar makanan Arab!!

Hidangan buffet yang berkonsepkan Timur Tengah bakal menanti anda di Renaissance Hotel Johor Bahru sepanjang bulan Ogos ini. Istimewa sangat buffet kali ini tau, korang akan dimanjakan dengan pelbagai makanan mewah dari Timur Tengah ala Sultan Arab makan. Sedapnyaaa!

Difahamkan setiap hidangan dihasilkan dengan penuh kasih sayang serta bahan dan rempah ratus yang unik oleh Chef Arnold dan kumpulannya.Antara hidangan yang bakal menggamit selera anda ialah Fattoush Salad, Baba Ganoush, Tabouleh, Ful Muddammas, Hummus, Kofta Kesari, Kofta Chicken, Karniyarik, Kebabs, Sharwarma Lamb, Laham Mandi dan Calvery Alfaham Roasted Chicken.

Di bawah ni kita sertakan gambar menu untuk tatapan korang. Ha, terliur tak? Kalau terliur sila book cepat buffet dinner ni ok.

Laham Mandhi Whole Roasted Lamb
Lamb Mandhi Rice. Nasi dia memang rasa macam kita makan nasi arab yang dari negara arab. very healthy rasa dia.
Udang Kari
Eggplant Masala 
Spicy Lamb

Mix Vage Masala
Kofta Lamb. Ni sumpah sedap and korang kena makan sekali dengan flat bread baru ada kick! 

Kofta Chicken - Yang ni ayam, pun sedap jugakk! Cicah makan sekali dengan kari udang pun sedap.. 

Chicken Musakhan With Flat Bread. This one pun I suka. Daging ayam dia lembut and rempah ratus dia rasa.
Eggplant Mousaka

Beef Lebanese
Bukan itu sahaja tau, dessert pun macam-macam jenis yang enak belaka. Cuma tak bubuh semua lah gambar. Dessert lah part yang jadi penutup selera kan. Dessert yang sedap mesti akan buatkan hari kita ceria. So far, dessert, kuih muih kat Renaissance Hotel ni belum pernah mengecewakan.

This one sedap, cuma dia terlalu manis sikit. Fara memang tak berapa nak suka benda manis sangat..So, pada i ni manis sangat






Buffet Makan Malam Middle Eastern ini bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari JUMAAT dan SABTU dalam bulan Ogos ini sahaja!

Harga
RM123.00 nett (Dewasa)
RM 61.50 (Kanak-kanak 5 hingga 12 Tahun)

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi +6073813322 atau email partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com atau Whatsapp Business di +60177713327. 



4 comments: