Alahaiii Sedapnya Mi Rebus Burung Puyuh!


Sejak lepas baik demam ni, tekak asyik nak makan macam-macam aja. Selasa lepas kita cuti.. Jadi berjumpalah dengan geng makan kita iaitu Kak Sunah dan Ain. Cuma Sis Lin aja tak ada.. Plan asal nak makan Kacang Pool.. Lepastu tak jadi, kitaorang makan Mi Rebus pulak..


Lokasi Jalan Jalan Cari Makan kami pada kali ini ialah di Mee Rebus House Johor Bahru! Lokasi dia di kawasan Kebun Teh. Not bad, tempat cantik, selesa dan bersih. Siap ada surau lagi.. Mudah orang nak solat..

Mee Rebus di sini ada macam-macam jenis tau! Boleh pilih ikut apa yang kita suka antaranya ialah ayam, udang, sotong, burung puyuh, daging, tulang, gearbox dan sebagainya. Ha, pilih aja yang mana korang nak. 


Fara order Mee Rebus Burung Puyuh! Allahu Burung Puyuh Goreng dia sedap. Rempah dia tu rasa sedap bila makan dengan kuah Mee Rebus tu. Potion makanan dia untuk saya boleh tahan banyak sebenarnya. Fara siap mintak lebih kerak lagi. Kerak dia tu yang best! dapat kriuk kriuk bila makan mee rebus tu. Sebab tu gambar mee rebus yang kat atas tu nampak menimbun.. huhu sebab saya mmg suka minta lebih kerak.. Jujur cakap memang puas hati. Ain siap bungkus lagi untuk abangnya di rumah tauu! 

Post a Comment

8 Comments

  1. Nampak sedap mi rebusnya😋.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Nak try pergi sini, tapi tulah.. Kena cari masa gak!!

    ReplyDelete
  3. waaa...sedapnya... tak pernah sampai lagi. Kalau ke jalan kebun teh tu..biasa atas sebab urusan rasmi je...

    ReplyDelete
  4. banyak betul kekerakkan di situ...hahahahha

    ReplyDelete
  5. alahai rare sungguh mee rebus burung puyuh...

    ReplyDelete
  6. Perghh dekat dgn office! Kena try ni.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa..tengok rupa pun dah tahu sedap😋😋

    ReplyDelete