Seronok Betul Dapat Makan Ayam Kyochon! - Faradidi's Blog

Breaking

Tuesday, July 9, 2019

Seronok Betul Dapat Makan Ayam Kyochon!

Hi Semua! Topik kita hari ini nak bercerita tentang Ayam Goreng Kyochon ok! Ini cerita minggu lepas tau.. Baru berkesempatan nak update blog.. Sebenar benarnya saya craving ayam Kyochon ni dari bulan lepas tapi tak berkesempatan nak pergi makan..  Lagi satu nak ajak member pun masing-masing sibuk kerja.. Nak keluar cuti kami pun berbeza-beza.. Tangguh punya tangguh akhirnya dapat jugak makan ayam Kyochon ni haritu.. Terasa berada di syurga dunia! Nafsu makan ayam memang saya susah nak tolak.. hahahaha

Kebetulan pula manager saya pun craving nak makan Kyochon tapi tak berkesempatan. Jadi, ajaklah dia makan sekali.. Balik ja kerja, kami terus shoot ke Midvalley Southkey tu semata mata nak makan  Kyochon. Bertuahnya kami pada haritu.. Nak makan tak payah beratur dulu.. Kalau tak sebelum ni tengok orang nak makan Kyochon kat Midvalley tu beratur.. Lepas kitaorang dah masuk, ha kau beratur orang tunggu giliran nak makan.. 

Jemput tengok!


Ha, nak tahu tak kita order apa? Kami order dua set ayam yang 12pcs iaitu red paper series dan soy garlic series. Ye kami makan 12pcs sorang! hahahaha nampak kebulur sangat kan. Licin weyh sebab sedap. Selain itu, include sekali garlic rice dan minuman. Garlic butter rice dia sumpah sedap. Terasa macam nasi goreng kat rumah letak lebih garlic sikit. Yang tak suka garlic, mereka akan tak suka lah. Sedap weyh!

Tadaaa Garlic butter rice!
Ada juga yang bertanya, Kyochon dan Kfry mana lagi better? Bab ayam goreng.. I prefer Kyochon kot. Rasa dia just kena dengan tekak kita pastu feveret bila makan dengan garlic butter rice dia. Kyochon yang honey series tu I tak berapa suka sebab tu tak order. Sebab dia macam a bit muak. I suka yang red paper series dan soy garlic series. Yang soy garlic series tu, manager kita kata rasa semua ok cuma dia macam terlebih masin sedikit masa kitaorg makan tu.. Ok ja.. cuma during that time dia terlebih garam kot kat tepung ayam tu.. hehehe

12 comments:

  1. Oo belum try Kyochon. Kfry dah try. So far kena dengan tekak kfry. Next time nak try kyochon la plak. Orang semua kata kyochon sedap lagi kan..

    ReplyDelete
  2. ahhhh sedapnyaa kyochonnn. Terus teringin nak makan! heheh

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan.. hantu ayamlah ya Didi ni. Eh, baru tau Didi dah kerja

    ReplyDelete
  4. alamak..nampak sedaplah ayamnya...

    ReplyDelete
  5. Oooo MidValley ada ek? Ingat kann kat RnF je adoo..
    Nak ajak Sunah laaa makan, sebab dia geng makan-makan hahahahhaa

    ReplyDelete
  6. sedapnya layan ayam grg... boleh tahan sorang 12 ketul hehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar tentang ayam ni tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  8. nampak sedap tu...akak tak pernah lagi try dua² ayam tu...aduii..

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan lagi ni, sedap ek dari kfry? kena cuba lah ni! tapi sedap dari 4fingers tak?

    ReplyDelete
  10. Pernah dengar ttg ayam ni, sedap ye? Tak pernah cuba wajib kena masuk list untuk makan-makan­čść

    ReplyDelete
  11. Belum pergi Kyochon lagi this year. Teringinnya nak makan Kyochon.

    ReplyDelete