Mudahnyaa! Cara Download dan Install FREE Font Cantik Ke Komputer! - Faradidi's Blog

Breaking

Sunday, June 9, 2019

Mudahnyaa! Cara Download dan Install FREE Font Cantik Ke Komputer!


Ramai yang masih tak tahu yang mereka boleh download font secara percuma di Internet untuk kegunaan harian mereka menaip mahupun membuat design. Dari zaman sekolah hingga ke universiti mesti akan ada orang tanya fara 'Eh kenapa ya dalam komputer kau font cantik-cantik? Beli ke?' 

Tak kawan-kawan. Kita tak beli. Ada benda free kenapa kena beli pula kan. Teringat pula masa guna Windows 98 dulu. Papa siap beli CD Font semata nak font cantik ok. Tak ingat dari mana kita belajar download font. Rasanya dari Internet jugak. Waktu tu belajar guna photoshop waktu umur 13 tahun. First version CS3. Bayangkan bila kita nak design, kita akan ada satu tahap, Allahu bosannya font aku. Terlalu formal. Tak ada ke font lain yang cantik sikit ke. Tu yang agaknya start google untuk download font free. haha

Typography ialah salah satu perkara yang akan buat design kita cantik dan lebih kreatif. Kalau korang suka design mesti suka main dengan pelbagai jenis font untuk naikkan seri design korang tu. Font ni kalau kita dah download, bukan dia ada kat Photoshop sahaja ya. Soalan ni pun ramai orang tanya. Bila korang download, dia automatik akan ada di kesemua perisian yang menggunakan tulisan dan boleh menaip. Sebab bila kita download, benda tu bukan download untuk photoshop sahaja, tapi untuk semua perisian dalam komputer tu.

Di mana nak download font cantik-cantik?
Ha, korang boleh lah kunjungi laman web di bawah ini. 
Nak download font di laman web tersebut semua free okay!



Cara Nak Download Font!

1. Pilih salah satu laman web di atas. Bila dah masuk laman web tu. Pilihlah font yang korang berkenan.



2.  Contohnya, berkenan font Molliquam. Kemudian, tekan download.

4. Tunggu file font tu download sampai habis. File font yang di download tu akan dalam bentuk zip file. Klik file tersebut.


5. Selepas klik file zip tadi. Dia akan bukak window file baru. Selepas itu, cari dan klik file Truetype font file atau nak mudahkan file yang ada huruf A.


6. Selepas klik font file yang ada huruf A tu. Dia akan buka window baru, dan tekan sahaja Install. Nanti dia akan install. Itu aja. Senang kan!


7. Dah boleh lah check dan gunakan font baru korang tu kat Microsoft Words ke Photoshop ke Illustrator ke!


Senang kan? Boleh lah cuba memeriahkan font yang ada dalam komputer tu!
Sekian perkongsian hari ni. Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Waaaa nak trylah...tapi....nanti buatkan hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Wahh bagus sis tunjuk satu satu step. Saya dulu pun selalu download dekat website tu. :)

    ReplyDelete
  3. Oh, boleh download font rupanya ye? Seumur hidup tak pernah buat..sekarang baru tau..haha

    ReplyDelete
  4. dulu2 biasa buat tp lama2 dh lupe hehehe... pastu bila dh lupa, terus tak tukar2 lah font tuh

    lps ni akan cuba yek

    ReplyDelete
  5. ooo...kalo akak, download banyak2, then copy yang dah unzip tu, paste ke dalam file Fonts kat file Windows..nanti otomatik dia install sendiri semuanya

    ReplyDelete
  6. Dulu mama selalu buat keje Ni haha skrg dh Malas. Good tutorial

    ReplyDelete
  7. Dahulu kala pernah buat tapi dah lama sangat lupa dah.
    Good tips

    ReplyDelete