Kelebihan Mengamalkan Surah Al Insyirah - Faradidi's Blog

Breaking

Saturday, May 18, 2019

Kelebihan Mengamalkan Surah Al Insyirah

Tak ada manusia yang hidup di dunia ini tidak pernah ditimpa kesusahan atau dugaan. Nabi Muhammad s.a.w pun ada banyak dugaan kehidupan terutamanya dalam menyebarkan Islam. Apa lagi kita manusia biasa yang banyak dosa ni, dugaan mendatang pun tak terduga lah kan. Apapun dugaan yang menimpa diri, kita perlu bersangka baik dengan Allah kerana setiap kesulitan, Allah datangkan kemudahan dan kebaikan baginya. Mungkin Allah nak ampunka dosa kita, Allah nak tinggikan darjat keimanan kita, Allah nak kita belajar sesuatu. 

Jadi, kita perlu redha dengan qada' dan ketentuan Allah. Dulu masa zaman belajar, waktu bulan puasa, pensyarah statistik kitaorang sebelum mula kelas ja dia akan bagi tazkirah pendek sebelum memulakan pembelajaran. Salah satu tazkirah beliau yang saya ingat dan amalkan ialah berkenaan dengan surah Al-Insyirah ini. Dia selalu pesan, sebelum memulakan sesuatu rajin-rajin lah amalkan agar dipermudahkan segala urusan. Selain itu, kalau kitaorang sekelas ni tak faham-faham tentang topik yang diajar, dia suruh balik lepas solat baca surah al-Insyirah ni 7 kali dan mohon dekat Allah terangkan hati dan petunjuk supaya cepat faham lepas tu ulangkaji balik apa yang diajar.

Tapi, Alhamdulillah. Kitaorg buat, Allah permudahkan segala kesulitan nak faham subjek stats tu. Akhirnya faham lah jugak. Siap bukak kelas kat KFC seksyen 7 tu ajar budak kelas lain yang tak faham. Akhirnya masing-masing dapat keputusan yang cemerlang dengan jayanya. Sejak itu, surah ni macam dah jadi surah kegemaran dan bila orang lain ada dugaan pun saya sayarankan benda yang sama. Baca surah ini. Maksud dia ja pun dah memberi makna yang mendalam. 


Terjemahan Surah Al Insyirah

Sumber: Google

Kelebihan Mengamalakan Surah Al Insyirah:

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 
" Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku " .

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu , nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya . 

Sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya . Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu , serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat . 

Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu , nescaya hilang dukacitanya dan Allah SWT akan mengurniakan  rezekinya dengan banyak. 

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya , senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang , nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya . 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut , nescaya  Allah SWT mengurniakan kepadanya kekayaan . 


3 comments:

  1. InsyaAllah sama-sama kita amalkannya yeee...

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah tq atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terima kasih fara! nak start amalkan surah ni!

    ReplyDelete