Ramai Betul Pembuli Siber di Malaysia!!

Foto- Google
Zaman semakin moden, tetapi makin ramai pula manusia yang letak otaknya di lutut atau bahasa kurang sopan sikit di punggung. Semua benda nak kecam, hina dan memalukan orang lain. Semua benda yang mereka buat ni tak datangkan manfaat pun bagidiri mereka kan.. Hanya kepuasan hati dengan menyakitkan hati orang lain.. Normal ke hidup dalam kehidupan macam tu? Tenang ke hati buat benda macam ini?

Even terms mak cik pak cik bawang ni orang di luar negara pun dah popular. Mereka gelarkan sebagai 'onion army'. Tak bagusnya golongan sebegini wujud, mereka ni suka sangat membuka aib orang lain, menyebarkan fitnah dan mengancam serta menyakiti orang lain. Saya tak naklah panggil mereka ni bawang. Saya panggil mereka dengan gelaran profesional sikit Si Pembuli Siber!

Apa itu buli siber?
Buli siber ialah sesuatu perbuatan mengancam, memalukan, menakutkan  seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet..

Sumber: My Health

Apakah kesan buli siber?
Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Saya ada dua kes yang nak diketengahkan dalam entri hari ni. Kedua dua mereka yang menjadi mangsa buli siber ni ialah rakan saya sendiri. Mereka tak bersalah kadang kala, tetapi mereka menjadi mangsa keadaan.

Individu A
Kes ini berlaku tahun lepas di mana abang rakan saya dikecam kerana membuat statement tentang LGBT di Twitter. Statement tu berbentuk agak liberal dan mendapat kecaman dari warga Twitter. Warga Twitter bukan sahaja kecam abang dia ja.. malah seluruh ahli keluarga dia.. sampai ada pihak yang berani membuka aib keluarga mereka dan di mana mereka tinggal... Jadi, kawan kita ni kena tempias dia, sedangkan dia tak bersalah.. Setiap hari ada ja orang hantar mesej/comment di Instagram berbentuk ugutan, kecaman dan kata-kata kesat. Sehingga dia dan keluarga ambil langkah untuk deactive kesemua akaun media sosial yang ada.

Yang salah itu abang dia.. Tapi kenapa melibatkan ahli keluarga yang lain yang tak tahu apa2..Gambar-gambar mereka diconteng dan dibuat poster ditulis dengan kata-kata kesat.. Helok sangat ke perangai mereka ni.. Benda ni datangkan kesan yang teruk, kawan kita depress sebab sampai dia pergi mana-mana dia rasa takut nak jumpa dengan orang.. Di rumah pun tak selamat, ada orang beri surat layang berbentuk kata-kata kesat dan ugutan.. Benda ni serius ya! Masing-masing ada masalah mental ke?

Individu B
Kes kedua membabitkan rakan baik saya. Statemnetnya di Twitter hanya menimbulkan tanda tanya berkenaan domestic violence yang berlaku.. Tetapi ada seorang tweet famous yang berpengaruh ini mungkin salah faham dengan tweet tu.. jadi dia kecam kawan saya.. dia trigger tweet tu in a negative way.. Sedangkan tweet tu ialah persoalan.. Saya tak berpihak pada siapa-siapa.. Cuma di sini perlu ka..Sampai seluruh twitter kecam dia dengan kata-kata kesat dan menghina keluarga, paras rupa, pekerjaan dsb.. bukan sahaja kecam dia sorang.. tetapi orang di sekeliling dia.. sampai ada pihak yang berani kutuk anak didikan dia muka hodoh lah apa lah... Tiap-tiap hari dia terima kecaman dan minta maaf.. sampai sekarang dia masih lagi berhadapan dengan orang di Twitter yang sakit mental..



Konklusinya, pesanan buat semua orang termasuk diri ini.. Selalu lah kita masing-masing muhasabah diri kita.. Perlu ke kita menyakitkan hati orang yang tak pernah buat jahat dengan kita.. Sekalipun kita nak mengajar orang tu atau memperbetulkan salah mereka..bukan ini caranya dengan ugutan, fitnah, kecaman dan kata-kata kesat.. Islam atau agama lain pun tak ada ajar benda-benda macam tu.. Tegurlah dengan cara yang elok dan tidak mengaibkan.. 

Setiap yang kita perkatakan di muka bumi Allah ni akan dihadapkan ke pengadilan pada hari Akhirat nanti... Siapa yang buat tu nanti Allah balas lagi teruk nanti tau... kalau bukan diri kita yang kena nanti ahli keluarga yang kena macam mana.. 

Jadilah pengguna internet yang bijak dan berhemah.. Jangan lupa berhati-hati juga dalam membuat statement di mana-mana laman sosial.. kadang kita tak bermaksud pun nak menyinggung mana-mana pihak.. tapi, ada pihak yang tak bertanggungjawab yang trigger apa yang kita cakap tu negatif..

Selalu cakap benda yang baik-baik dan positif supaya diri kita pun menyebarkan aura yang positif.. Hentikan Buli Siber! Sekian pesanan khidmat ringkas dari saya Farah Dinah Hassan.




Post a Comment

4 Comments

  1. Takotnya benda ni. Skrg zaman fitnah siber berleluasa. Huhu. Yang taktahan nya nak libatkan family tu. Allahu. Kesian dekat mangsa.

    ReplyDelete
  2. masyarakat kita sekarang ni makin tenat...semua nak tunjuk hebat sebagai keyboard warrior...kat internet boleh la diorang macam tu, cuba kalau depan2...

    ReplyDelete
  3. Akulah salah seorang jadi mangsa pembuli siber..huhuhu nak cite malass jer..kang 3 hari 3 malam tak habis nak menaip huhuhu

    ReplyDelete