Preconvo Bersama Rakan Seperjuangan!


Preconvo ni bukanlah perkara yang wajib.. cuma inilah rakaman kenangan terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan.. mungkin ada yang berpendapat ini adalah satu pembaziran.. tetapi kalau ada duit yang lebih apa salahnya.. kongsi-kongsi lah bayar photographer untuk berkumpulan.. Kitaorang tadelah hire photographer yang famous.. kami hire kenalan terdekat antara kami juga.. Alhamdulillah.. Hasilnya boleh tahan cantik gambar kami untuk simpanan serta tatapan bila hati terasa rindu dengan rakan-rakan.. 


Sebelum nak hire photographer, pastikan korang dah survey hasil kerja dan harga yang dikenakan.. Sebab lain photographer lain caranya dan harga yang dikenakan.. ada yang nak dibayar mengikut jam, berapa orang yang nak shoot, pakej beserta dengan video/cd dan sebagainya.. Pilihlah yang mana ikut kemampuan dan korang yakin dia boleh ambil gambar korang dan rakan-rakan dengan cantik.. Lagi satu, kalau korang ada cadangan tempat dan posisi yang korang nak boleh je bincang dengan diorang atau tunjuk contoh..

Kitaorang shoot preconvo ni pada hari yang kita orang ambil jubah. Sebab alang-alang ramai yang ada waktu tu. Jadi masing-masing petang tu shoot lah di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur! Pada awalnya, nak ambil gambar di area Shah Alam sahaja.. Tetapi memandangkan ada event lain di area taman Shah Alam tu, dengan jalan jamnya. Kami pun pilihlah tempat di luar kawasan Shah Alam.

Di bawah ini, fara nak tunjuk antara kepingan gambar pre-convo kitaorang yang diambil oleh Photographer Saifullah Suhairi










Post a Comment

10 Comments

  1. Sekali tengok gambar tu semua, sama aje senyuman ko Farah hehehehe...
    Tahniah buat semua :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum farah...tahniah2 fara didi...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Memang tk suka senyum nampak gigi.. Sbb gigi atas kita jarang.. Gigi bawah rapat 😂

      Delete
  4. nice...cantik2 gambarnya...dulu akak konvo, tak smepat nak shoot macam ni dengan kawan2..better amek gambar preconvo macam ni sebab hari kejadian nanti semua da sibuk dengan keluarga...

    ReplyDelete
  5. Betul tu, kenangan untuk kita. Mmg masa convo xbnyk gmba dpt ambik. Dgn panas n org ramai lg. Hahaha

    ReplyDelete
  6. alaa rindu uni days. awatla zaman akak dlu x terpikir nak amek gambar cemni hahaha..

    ReplyDelete