Kulit Makin Cantik & Lembut Selepas Buat Rawatan Muka di MBH Flagship Boutique Johor Bahru - Faradidi's Blog

Breaking

Wednesday, March 13, 2019

Kulit Makin Cantik & Lembut Selepas Buat Rawatan Muka di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Semua orang impikan kulit yang cantik, cerah dan sempurna. Kadang kala kita dah beri dah sepenuh perhatian, jaga kulit kita dengan baik, habiskan duit sampai beratus atau beribu ringgit untuk bermacam macam skin care untuk perbaiki masalah kulit kita. 

Tetapi still tak menjadi. Skincare pulak kena try and error, bila kita tersalah cuba tulah akan mendatangkan keburukkan pada kulit kita seperti berjerawat, kusam, berminyak, kering dan pori menjadi besar. Selain itu, kita pun tak jaga pemakanan serta kebersihan wajah dan alat solek kita.Tu yang muka break out tu kan. 

Tapi tak apa, kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya manjakan kulit wajah korang untuk buat rawatan estetik. Rawatan-rawatan sebegini adakalanya boleh membantu menyelesaikan masalah kulit korang dengan baik.



Sabtu lalu, saya dan rakan blogger saya Farah Huda berkesempatan untuk mencuba rawatan Carbon Snow dan LED Photon di MBH Flagship Boutique Johor Bahru yang terletak di Bandar Baru Uda.

Sesi Analisa Kulit
Sebelum memulakan rawatan, kita akan dipanggil untuk konsultasi. Sewaktu konsultasi ni lah, korang akan diberitahu jenis kulit, masalah dan rawatan yang sesuai untuk kulit korang. Kalau fara, kulit fara jenis combination skin, ada permukaan berminyak ada juga yang kering. Kawasan paling berminyak ialah dekat kawasan T zone. Kawasan tu memang senang cik jerawat nak tumbuh tau. Tak dapat nak dielakkan yang tu. 

Kertas Analisa Kulit Fara
Apabila dah dapat tau apa masalah kulit kita, barulah kita boleh berbincang berkenaan rawatan yang sesuai untuk kita. Jadinya, pihak MBH Medispa mencadangkan rawatan Carbon Snow dan LED Photon untuk diri farah.

Rawatan Carbon Snow

Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang berminyak, kusam dan mempunyai pori-pori besar. Rawatan ni very recommended untuk lelaki sebab kebanyakkan lelaki tesktur kulit mereka berminyak dan pori mereka lebih besar daripada perempuan. MBH spa ni bukan saja untuk perempuan ya, lelaki pun boleh buat rawatan di sini.

Kelebihan Rawatan
πŸ‘‰ merawat kulit kusam
πŸ‘‰ merawat kulit berminyak
πŸ‘‰ meransang pengeluaran kolagen dalam kulit
πŸ‘‰mengurangkan garis halus dan kedutan
πŸ‘‰ membaiki tekstur kulit
πŸ‘‰ mengecilkan dan mengetatkan pori-pori kasar
πŸ‘‰ memberikan kesan pencerahan dengan segera tanpa downtime
πŸ‘‰ menghilangkan bintik-bintik hitam, bintik putih dan noda pada kulit

Pada awalnya, wajah akan dicuci dulu dengan MBH Facial Cleanser. Selepas dicuci bersih, beautician akan sapukan skrub sambil massage wajah kita. Bab massage ni seronok betul terasa sampai nak tertidur dibuatnya. 

Huda tengah enjoy muka kena massage
Seterusnya, mereka akan menggunakan steamer untuk nak suruh liang pori di muka tu semua terbuka. Untuk senang nanti diorang nak picit segala jerawat, whitehead dan blackhead yang ada di muka kita ni.

Rasa panas je di muka waktu guna steamer ni
Setelah selesai proses steamer muka, kini tibalah masa untuk keluarkan semua jerawat, blackhead, whitehead dari muka! Mula-mula diorang akan keluarkan secara manual, kemudian baru keluarkan guna vakum khas. Mereka kata keluarkan guna manual lagi puas berbanding guna vakum tu. Vakum khas tu boleh keluarkan yang tak degil je, yang degil-degil tu tetap kena keluarkan manually.

Waktu dia keluarkan manually, tu aduhh sakitnyaa. Sampai meleleh air mata. Banyak sangat kot blackhead dan whitehead  yang degil tuh. hahahah nasib baik lah hari yang pergi spa tu tak ada jerawat hidup. Kalau tak bertambah azab lah nak buat facial harini. 
Seronok vakum khas tu sedut-sedut segala whitehead dan blackhead di muka. Muka rasa ringan sangat selepas lakukan yang ini. 
Selesai menghilangkan segala kotoran degil di muka tu. Barulah muka terasa ringan, bersih dan selesa. Betul tak tipu! 

Kemudian, seluruh wajah kita akan disapukan dengan karbon. Lepas dah sapu rata semua diorang akan tembak dengan laser! Jangan risau tak sakit pun yang ni walaupun ada berapi rapi kan.. Cuma adalah kadang-kadang rasa macam ngilu gitu.

Carbon disapukan ke muka hingga rata
Laser ditembak ke muka. Bila laser tu tembak ke muka kesan karbon yang disapu tu nanti hilang meresap dalam kulit.
Setelah selesai carbon laser td, diorang akan bersihkan muka korang sekali lagi dan sapukan toner dan serum. Waktu dia sapu serum best betul. Diorang ada alat yang untuk ratakan serum terus meresap dalam kulit. Besntyaa rasa. Yelah sebelum ni dah sakit-sakit kena picit. Dapatlah pula kelegaan serum sejuk ja sapu sapu sambil massage.

Selepas itu, tibalah masa untuk nak merasa rawatan Photon LED. Rawatan ini ialah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan kesan ‘sunburn’ serta tompok-tompok hitam akan berkurangan.

Ketka rawatan ni korang cuma perlu rehatkan minda dan tenangkan fikiran ja. Relax ja.
Selepas selesai rawatan photon LED ni, muka korang akan di urut sekali lagi dan lagi sambil sapukan soothing lotion dan sunblock. Tadaaaa! Hampir dua jam juga lah masing-masing buat rawatan. Keluar je dari bilik spa, Allah dah nak masuk maghrib dah!

Nak tahu hasilnya! Sila lihat di bawah ini πŸ‘‡


Apa yang boleh saya kata, kesan yang terlalu ketara tu tiada lah baru first time buat kan. Tapi ada banyak perubahan positif walaupun baru first treatment.

Sebelum ini kulit kusam dan agak berminyak. Selepas rawatan, memang kulit rasa segar, bersih, lembut dan makin cerah.Whitehead dan blackhead di hidung tu semua dah tak nampak dah. Pori muka farah yang dihidung yang terbuka tu semua mengecil. Sangat berpuas hati! Layanan staff-staff MBH Flagship pun semua tip top, mesra dan menyenangkan! Terima kasih team MBH Medispa!

Very recommended treatment Carbon Snow ni dekat siapa yang baru balik dari vacation atau yang memang kerja tiap-tiap hari expose pada matahari terik. Kulit korang mesti sunburn dan kusam kan. Kalau buat rawatan ni cerah dia segera! Kesan dia memang nampak!

Untuk pengetahuan korang, MBH Flagship Boutique/ MBH Medispa ada pakej harga istimewa hingga hujung bulan ni untuk korang buat treatment rawatan untuk muka korang. Jadi, apa tunggu lagi book sekarang di 018-776 4670!!

Untuk maklumat lanjut dan melihat testimoni:-

Alamat:
12-02 Jalan Padi Emas 1/4, 
UDA Business Centre, 
Johor Bahru

Website:

6 comments:

  1. bestnya kalau dapat buang segala blackhead dan whitehead kat muka terutama hidung ni!

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try jugalah ...nanti teman kita ea awak hehehehe

    ReplyDelete
  3. Lama Saya tak buat facial. Kena suruh abang babysit dulu haha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat rawatan muka di spa. Sesekali nak cuba jugalah bila ada masa lapang.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. aa ade mek tengok dekat youtube awak. memang nampak cara rawtan carbon mereka memberi impak positif kepada kulit wajah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya pergi Spa. Mmg nampk kulit glowing2 gitu lepas buat treatment kan. Hehe

    ReplyDelete