Dah Cuba Hanjuku Cheesecake di Family Mart? - Faradidi's Blog

Breaking

Sunday, March 24, 2019

Dah Cuba Hanjuku Cheesecake di Family Mart?



Hi Cheesecake lovers!

Siapa je kan yang tak suka cheesecake. Bagilah cheesecake apa pun semua favourite kita. Lagi pekat kandungan cheese tu dalam cheesecake lagilah kita suka. hehe. Hanjuku Cheesecake ni selalunya ada je dijual di kedai kek dan roti. Kalau fara, bila craving selalu beli di Komugi, Lavender dan Sushi King. 

Hanjuku Cheesecake ni harga dia memang mahal dan tak padan dengan saiz dia. Walaupun saiz dia kecil, tapi disebabkan rasa dia sangat sedap, jadi kita semua melaburkan duitlah untuk puaskan craving.

Pertama kali kita jatuh hati dengan Hanjuku Cheesecake ni sewaktu makan Sushi King dengan kawan baik kita kat Shah Alam. Dia yang perkenalkan cheesecake ni. Sejak tu memang kalau pergi sana wajib ambil kek tu. Kalau tak ada di tray bergerak tu, kita akan request. hahaha Kalau tak sebelum ini pergi Sushi King memang cerita dia makan sushi dan bento aja lah. Segala dessert memang takkan disentuh. 

Selepas itu, bila craving barulah try survey kedai lain yang ada jual cheesecake ni. Tulah, kadang beli di Lavender, kadang beli di Komugi. Harga satu cheesecake di Lavender, Komugi dan Sushi King lebih kurang dalam RM4++. 


Untuk di Family Mart, Hanjuku Cheesecake dia istimewa dan unik sangat kerana dia ada perisa coklat. Sebelum ini, memang tak pernah nampak mana-mana outlet yang jual perisa coklat. Selalunya kedai akan hanya jual perisa original sahaja. 

Ini dikira pertama kali kita beli Hanjuku Cheesecake di Family Mart. Pertama kali juga nampak dan rasa Hanjuku Cheesecake perisa coklat. Harga untuk kedua-dua perisa original dan coklat hanya RM3.90 sahaja. 

Kalau dibandingkan perisa coklat tu dengan original, fara rasa yang coklat tu lagi sedap. Rasa yang coklat tu macam rasa kek chocolate indulgence secret recipe pun ada. Rasa cheese dan coklat dia sangat balance. Benda ni worth try lah. 

Niat asalnya, hanya nak beli seketul ais krim tapi oops terambil pula cheesecake. hehe

10 comments:

  1. alamak, ni yg rasa mcm nak pergi Family Mart ni

    ReplyDelete
  2. igt kan bsar..kcik jer rupanya..hehe

    ReplyDelete
  3. Belum rasaa...tunggu awak belanjer hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm jomm esk singgah family mart kita belanjer.. hehe

      Delete
  4. akak pernah try hanjuku cheese yang dekat Secret Recipes je..Family mart tak try lagi..macam sama ek

    ReplyDelete
  5. waaaa...akak tak pernah lagi beli benda lain selain aiskrim, sosej dan ayam goreng kat familymart tu..hahaha..next time nak try hanjuku ciskek lah

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lagi nii tapi nampak macam sedap je

    ReplyDelete