Noodle Station |
Pada bulan Mac ini, Hotel Renaissance Johor Bahru memperkenalkan hidangan buffet makan malam mereka yang bertemakan 'Peranakan Nyonya Cuisine'. Tema kali ini memberikan pengalaman makan yang luar biasa untuk pengujung yang berkunjung ke hotel mereka pada hari Jumaat dan Sabtu.
Memandangkan buffet ini disediakan pada hujung minggu, sesiapa yang tengah bercuti tu sekali sekala bawalah ahli keluarga/orang yang tersayang menikmati hidangan bufet Peranakan Nyonya di Renaissance Hotel Johor Bahru ini. Dijamin akan puas hati kerana terdapat banyak sangat pilihan makanan untuk menepati cita rasa anda semua!
Nasi Ayam beserta Roasted Chicken dan Roasted Duck! |
Jujur cakap, memang sangat luar biasa pengalaman makan disini! Apabila jejak sahaja di BLD Cafe Renaissance Hotel ni, masing-masing akan terpukau dengan bermacam-macam jenis hidangan yang lazat serta menyelerakan.
Hidangan istimewa yang menarik ialah Lemak Udang Nenas, Telur Cincalok, Nyonya Kari Ikan, Nyonya Ikan Sumbat, Rendang Kambing Nyonya, Nyonya Crab, Nyonya Seafood Laksa, Nyonya Penang Otak-Otak, Nyonya Kuih Talam, Pulut Inti dan Kuih Apam Merah.
Telur Cincalok |
Nyonya Kari Ikan! Cukup rasa, berlemak dan kari dia pekat! Sangat sedap! |
Nyonya Laksa Seafood pun kuah dia sedap! Rasa dia lain daripada lain! |
Lemak Udang Nenas. Yang ni very recommended sebab udang dia sangat segar! |
Rendang Kambing Nyonya! |
Nyonya Crab! Ketam dia fresh dan manis! |
Nyonya Baked Fish. Foto: Sunah Sakura |
Nyonya Ikan Sumbat |
Bukan terhad yang di atas sahaja!
Sebenarnya, ada banyak lagi hidangan menarik yang bakal menepati citarasa semua!
Difahamkan, ada lebih kurang 300 jenis hidangan yang tersedia.
Hidangan utama sememangnya berfokuskan kepada masakan Baba Nyonya, tetapi terdapat juga hidangan enak yang lain. Pelbagai hidangan dari pelbagai pelusuk dunia ada, hidangan barat ada, melayu asli, cina, timur tengah serta jepun!
Hidangan utama sememangnya berfokuskan kepada masakan Baba Nyonya, tetapi terdapat juga hidangan enak yang lain. Pelbagai hidangan dari pelbagai pelusuk dunia ada, hidangan barat ada, melayu asli, cina, timur tengah serta jepun!
Pelbagai jenis Pasta juga ada! Pilih yang mana jadi kegemaran anda! |
Dim Sum! |
Seafood di sini segar bugar! Kena cuba! |
Marinated Chicken Wings. Peminat ayam goreng mesti suka yang ini! |
Pizza Section. So far, kita dah rasa tang hawaian crab dan beef peperoni tu both sedap! |
Barbeque Station |
Sushi pun ada guys! |
Satay korang kena rasa! Satay dia cukup rempah dan kuah kacang dia sedap sangat! |
Selain itu, jangan lepaskan peluang cuba pencuci mulut di Renaissance Hotel ini. Boleh dikatakan jadi rambang mata juga sebab nampak kek-kek dan kuih muih sedap! Dibawah ini saya sertakan beberapa gambar pencuci mulut yang sempat diambil. Jangan terliur!
Ini kuih favourite kita! Kuih Puteri Ayu! |
Kuih Apam Merah |
ABC ni boleh custom made sendiri. Pilih bahan ikut citarasa anda! |
Buffet Peranakan Nyonya Cuisine ini bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari JUMAAT dan SABTU dalam bulan MAC ini sahaja!
Harga
RM123.00 nett (Dewasa)
RM 61.50 (Kanak-kanak 5 hingga 12 Tahun)
--------------------
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Hubungi:
+6073813322
+6073813475.
Email:
WhatsApp Business:
+60177713327
Instagram:
Facebook:
6 Comments
Ketam itu sangat menyelerakan sungguh kan...Sis ko makan banyak hehehehe
ReplyDeletesemua sedap kannn..masa akak makan kambing tu, terus kepala tertoleh dekat tempat rendang kambing...sedap sangattttttttttttt..hahahha
ReplyDeleteWahhh dia punya menu tu memang gempakkk la. Sedapnyaaa
ReplyDeleteya Allah. menggoda nya semua menu. terus rasa lapaq. hahahahhaa
ReplyDeletewow sedapnya ... mengancam!!! kalau dekat boleh try... anyway salam kenal dr sis hawa dot com... done follow blog awa #281
ReplyDeleteMeriahnya menu dia.. tak pernah cuba lagi makanan peranakan nie.. paling teringin nak cuba Telur Cincalok tu..
ReplyDelete