Singgah Makan di Amphawa Boat Noodles Johor Bahru


Semalam, lepas ja Hi Tea dengan geng bloggers Johor, kita, Kak Sunah, Ain dan Kim singgah di Amphawa Boat Noodle. Saja nak menghabiskan masa bila dapat berjumpa kan. Kita pun on je sebab tak pernah makan kat situ. Ini dikira pertama kalilah kita menjejakkan kaki di Amphawa Boat Noodle Johor Bahru. Dia ada tiga cawangan di Johor ni, di bandar JB, Mount Austin dan Taman Sutera.

Untuk cawangan yang di bandar ni, memang sentiasa ramai orang datang dan pergi. Suasana makan di sini agak crowded kalau waktu tengah ramai orang. Tapi kita suka dekorasi restoran dia. Cantik, moden plus ada elemen alam semula jadi. Dalam kedai dia ada mini waterfall and macam makan dalam suasana alam semula jadi gitu.

Us at Amphawa Boat Noodles JB
Nak pergi kedai di area bandar ni ada satu masalah besar sebenarnya, parking! Kadang boleh pusing dua tiga kali nak cari parking dan memang jangan berharaplah korang nak parking betul-betul depan kedai. Kitaorang pun park di area berdekatan. Berhadapan dengan bangunan Amphawa Boat Noodle tu ada Metroparking berbayar. InsyaAllah parking situ selamat. Cuma nak parking situ kena ada Touch n Go.

Seterusnya, kita nak tunjuk korang sneak peak sikit menu utama dan hidangan pencuci mulut yang ada di Amphawa Boat Noodle ni.

Noodle Selection harga dia RM1.90 semangkuk. Boleh pilih nak rice noodle atau glass noodle. order banyak mana korang nak makan.

Yang atas ni antara menu hidangan pencuci mulut, paling recommended diorang kata coconut ice cream tu dengan pulut mangga.
Selain itu, di sini ada juga hidangan berat lain seperti nasi, spaghetti, chicken chop dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut korang kena datang sini. Harga hidangan berat kita tengok haritu dalam range RM11 to RM15. Harga dia sederhana lah. Tak terlalu mahal.

Okay, mesti tak sabar nak tau kan kitaorang order apa. Disebabkan baru ja lepas makan Hi Tea, kitaorang memang dah kenyang cuma belum makan berat lagi. Itulah dia walaupun cuma Hi Tea tapi makannya banyak dan kenyang sebenarnya. So, kitaorang order makanan yang ringan-ringan sahaja.

Minuman kami order ialah Milk Green Tea dan Rose Milk Tea. Alhamdulillah dua-dua ni air dia sangat sedap. Kita memang peminat Green Tea. Kitalah tu yang order Green Tea. hehehe
Sorang order dua mangkuk sahaja. Kita order Amphawa Chicken Boat Noodle dengan Tom Yam Prawn Boat Noodle
 Ok ini review khas berdasarkan tekak saya, tekak orang lain saya tak tau.

Untuk menu Amphawa Tom Yam Prawn Boat Noodle tu kita boleh bagi rating 5/5.
-rasa dia sedap, cukup pedas, rasa udang pun sebati dengan kuah and memang rasa nak repeat lagi.

Untuk yang Amphawa Chicken Boat Noodle tu, entah masuk je mulut, memang tak boleh tolerate langsung rasa dia. Rasa dia macam nasi goreng herba yang makan kat food review double tree tu pun ada. Tak tau nak describe macam mana. Tekak kita memang takleh terima. Lepas makan yang tu terus mual sampai beli gula masam baru hilang.

Tapi, untuk Ain dan Kim. Diorang suka gila. Diorang kata sedap ja. Mungkin tekak kita kot, memang tak boleh terima. Kalau tekak korang boleh terima teruskan. Tapi yang tom yam tu memang sedap tak tipu!

Ini menu Amphawa Tom Yam Prawn Boat Noodle. Yang ini rice noodles! Basically, this is bihun.
Yang ini glass noodles. Dia macam transparent sikit.

Tadaaaa! Yang ni Kim order coconut ice cream. Kitaorg share sebab perut dah nak nak meletups!
Milk Coffee
Sesiapa yang teringin nak cuba makanan di sini, bolehlah pergi ke Amphawa Boat Noodles yang terletak di mana-mana lokasi berikut:

Amphawa Boat Noodles Downtown
No.32, Jalan Tan Hiok Nee
80000 Johor Bahru
11.30am-12am

Amphawa Boat Noodles Mount Austin
No 58, Jalan Austin heights 8/7, 
Taman Mount Austin
11.30am till 10.30pm

Amphawa Boat Noodles Sutera
No.69, Jalan Sutera Tanjung 8/2, 
Taman Sutera Utama
11.30am till 10.30pm

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

17 Comments

  1. Lm dh teringin nk mkn kt boat noodles ni..blum kesempatan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke.. takpe nanti makan bila2 free.. hehehe

      Delete
  2. Rasanya yg kat Paradigm Mall tu Amphawa punya jugak ke lain?
    ROse Tea tu lain kali nak try la.. Akk mmg suka gi yg bandar ni sbb ada air terjun, hehehe. Tapi, betul ke park kat Metro tu wajib pakai touch&go???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Paradigm tu cawangan sama cuma menu dia macam lain sikit..
      Haah metroparking tu haritu dia tulis touch n go sahaja

      Delete
  3. Apa yang Kak Sun ko komen tu ek, blank jeee hahahaha..
    Nak jugalah adeii tak tahan tengok GT tu haaaa

    ReplyDelete
  4. ape yang aku komen tu haa..hahahahahhahahahahahhahahahha..mustahila tertekan publish dengan petak kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahaha sebenarnyakan kita terdelete.. kita nak delete comment lain yg merepek.. pastu terdelete.. sbb guna hp kan view kecik.. hahah

      Delete
  5. oh, yaa..akak komen, kat paradigm mall tu pun ada amphawa...tapi denagn portion yang besar sikit..dia buat dalam mangkuk2 besar..harga pun ikut saiz dia la..

    ReplyDelete
  6. kat kedai2 boat noodles ni selalu suka air green tea depa.. pekat kaw kaw =D

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan lagi boat noodle ni..lama nak ajak husbnd tapi tak terajak2

    ReplyDelete
  8. sedap jugak nmpknya. kalau pergi sana, boleh singgah ni

    ReplyDelete
  9. Please read my post. rehanaexperience.blogspot.com

    ReplyDelete