Craving Cornflakes Madu di Tahun Baru Cina - Faradidi's Blog

Breaking

Thursday, February 7, 2019

Craving Cornflakes Madu di Tahun Baru Cina


Waktu tahun baru Cina, orang lain duk sibuk nak makan kuih bulan, kuih tart, kuih kapit, biskut kelapa lah dan lain-lain. Kitaorang satu family sibuk nak makan cornflakes madu ni. Bahan-bahan memang dah ada semuanya kat rumah tinggal buat sajalah kuihnya. 

Alhamdulillah masa raya cina ritu dapatlah jugak buat satu balang tu penuh. Tak sampai sehari, separuh balang dah habis. Esoknya habis lagi separuh. Hantu betul masing-masing makan cornflakes dalam rumah ni. 

Tapi memang, kuih cornflakes ni kalau waktu raya rumah mana-mana pun mesti stock kuih ni yang habis dulu. Sebabnya, dia kan rangup macam kerepek. Sedap ja makan ambil tengok tv, buat homework, tulis blog semua. Sedar ja dah habis dah sebalang tu.

Kala hari raya kat rumah nenek, kuih ni memang wajib ada dan takkan hidangkan kuih ni pada orang lain. Kuih ni hanya untuk makanan kitaorg sekeluarga. Kuih ni kan demand. Masing-masing non-stop makan. Memang tak boleh simpan lama.

Dalam family, yang tukang habiskan kuih ni selalunya adikku yang paling bungsu. Dia kadang-kadang sampai request suruh buat untuk dia nak bawak balik kolej. Kat rumah kitaorg, kuih ini memang akan di restock. hahahaha. Cuma rajin tak rajin jelah masing-masing membuatnya. Tak susah pun buat kuih ni. Bahan-bahan dia cuma cornflakes, butter dan madu. Kalau rajin, letaklah sprinkles, cip coklat, badam untuk tambah perisa.

Jemput tengok ajelah kuihnya! Semua ni lesap dah!

8 comments:

  1. Hamboiii rajinnyaa Kak Long, sedapnyaa..
    Nanti raya bolehlah datang makan yer...

    ReplyDelete
  2. Eeeeee,,, anak jiran kitee tuhhh memang kudapan diorang cornflakes madu ler.. Siap ckp dekat kak ain dia ni , yang balang ni kurang madu sket.. Yang ni okay.. Hahhahhaah

    ReplyDelete
  3. Alaaaaaaa dah lesappp keee..baru nak mintak bawak bekal hari ni 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  4. Alamak boleh jadi craving jugak ni tengok gambar ni. Haha

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa. Saya suka sangat cookies ni

    ReplyDelete
  6. haishh dah rasa macam nak raya pulak...ehh memang raya jugak kan walau raya cina ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. adoi ini memang laju ni dingap dimana2.. tapi comelnyaa craving cornflakes madu hihi..

    ReplyDelete
  8. rajin buat menajdila dia..hehee..memang kalau makan ni tak ingat ape dah..

    ReplyDelete