Yoshinoya Hanamaru Beef Udon

January 09, 2019

Beef Udon
Assalamualaikum Semua!
Udon ialah antara makanan Jepun yang menjadi pilihan ramai. Di Malaysia, sememangnya banyak kedai yang menawarkan menu berasaskan udon ni. Cuma nak kena tengok, yang mana halal yang mana tak. Tak semua kedai offer udon yang sedap jugak. 

Jadi, kalau korang teringin nak makan udon, boleh lah singgah ke mana-mana outlet Yoshinoya Hanamaru di Malaysia. Ada lebih kurang 10 outlet di Malaysia. Kalau di Johor, cawangan Yoshinoya Hanamaru ni ada di Aeon Tebrau City sahaja. 

Beef Udon
Udon dia memang sedap. Boleh pilih nak regular atau large. Untuk rating, kita bagi 4.5/5 sebab sup dia sedap dan daging dia pun sangat lembut. Di sini ada macam-macam jenis udon, pilih ja ikut citarasa, nak ada telur, nak ada sambal, seaweed semua boleh.
Range Harga: RM10.00 to RM23.00

Selain itu, kalau nak menambah rasa lagi korang boleh lah ambil kriuk kriuk kerak tempura tu tabur atas udon, wasabi, kicap dan sos lada. Tu semua free flow. Teh hijau kat sini free refill. Korang bayar sekali ja, kemudian boleh refill banyak kali.

Bukan itu sahaja, di sini juga ada jual makanan tambahan gorengan tempura sotong, udang, ayam karagae tu semua. 

Next time kalau pergi sini lagi nak try set bento dan set nasi daging pulak!
Korang ambil kesempatan cuba tau jangan tak cuba!

Website:
http://www.yhmalaysia.com/

Facebook:
https://www.facebook.com/yhmalaysia/

Instagram:
https://www.instagram.com/yoshinoyahanamaru_msia/

You Might Also Like

6 comments

  1. Febret akak jugak niiiiii..sedappp

    ReplyDelete
  2. Aiyoooo Sis tak suka, mindset terus ingat 'cacing' kakakakakakah
    Selalu masuk makan tomyam dia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. kita geli lagi yang mi korea warna hitam tu

      Delete
  3. antaraaa kedai fevret nak makan makanan Jepun. sistem pun menarik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kita banyak kali dah pergi sini tak terkira.

      Delete

Followers

Google+ Profile