Minuman Terbaru Cool Blog 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'

Hi semua! Nak tahu tak Cool Blog Malaysia ada lancarkan minuman terbaru mereka sempena kempen 'Hari Harimau'.  Sepanjang kempen ini, pengguna dapat menikmati pelbagai promosi, acara dan ganjaran menarik menanti semua. Jadi, siapa yang teringin nak minum cool blog tu boleh lah singgah di cawangan Cool Blog yang terdekat dengan korang ya!

Staff Cool Blog Malaysia mempromosikan minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'
Semalam, saya berpeluang hadir ke majlis pelancaran 'Hari Harimau' dan minuman terbaru mereka iaitu 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' di Paradigm Mall, Johor Bahru. Di sana, kesemua bloggers dan media berkesempatan menikmati minuman terbaru ini.  Korang boleh pilih nak teh atau nak kopi. Saya pilih teh. 

'Black Tiger Premium Milk Tea 
Alhamdulillah rasa dia sangat sedap, tidak terlalu manis, gula perang dia just nice dan campuran susu dan teh pun just nice serta ditambah sedap lagi dengan adaanya pearl tu. Saya bagi rating 5/5 kerana minuman ni sangat menepati citarasa.

'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' ini ialah minuman khas yang dihasilkan menggunakan gula perang premium yang dikenali sebagai gula harimau hitam. Gula harimau hitam nilah yang akan membentuk seperti cakaran harimau dalam air korang tu. Menarik kan? Nak cuba?

Kalau nak cuba, korang boleh dapatkan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' di kesemua cawangan di seluruh Malaysia dengan harga RM6.50 sahaja!

'Black Tiger Premium Milk Tea
Promosi 'Hari Harimau' akan berlangsung selama 3 bulan, bermua dari 15 Januari hingga 31 Mac 2019. Sewaktu kempen ini, pelanggan berpeluang mendapatkan pelekat tatu harimau dengan setiap  pembelian RM10 dan ke atas, baucer diskaun, belon eksklusif serta dapat berswafoto menggunakan papan foto 'Hari Harimau'.

Sempena kempen 'Hari Harimau' ni, Cool Blog ada menganjurkan satu pertandingan iaitu 'Rimau Dance Challenge'. Untuk sertai, korang hanya perlu membeli minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan dapatkan pelekat tatu harimau yang disediakan. Kemudian, tonton video Rimau Dance di Facebook dan Instagram rasmi Cool Blog Malaysia. Seterusnya, korang kena tiru tarian Rimau tu dan sila memuat naik video korang tu di kesemua media sosial yang anda ada. Jangan lupa untuk tag Cool Blog Malaysia dan hashtag #RimauDanceChallenge #CoolBlogMalaysia. Tarikh tutup pertandingan ni pada 15 Februari 2019. Cool Blog akan memilih 3 pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) untuk memenangi wang tunai sebanyak RM1000.

Boleh lihat tariannya di bawah:
Nanti korang join tauuu! Jangan tak join!


Selain itu, Cool Blog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen 'Hari Harimau' dengan menampilkan skuad Suria FM di cawangan Cool Blog yang terpilih. Anda akan berpeluang beramah mesra, menyertai permainan serta aktiviti yang menyeronokkan bersama mereka sepanjang kempen ini berlangsung.

JDT Bloggers bersama DJ Suria FM, Suraya Borhan
Di bawah ialah senarai tarikh dan cawangan Cool Blog yang bakal menampilkan skuad Suria FM. Pastikan korang jumpa mereka di sana:-

17 Januari 2019 - Paradigm Mall, Johor Bahru.
31 Januari 2019 - Tesco Mergong, Alor Star.
2 Mac 2019 - Melawati Mall, Kuala Lumpur.
9 Mac 2019 - Tesco Klang.

Untuk Maklumat lanjut:-

Website:

Instagram:

Facebook:

Post a Comment

8 Comments

  1. wah macam best ja :D done follow sini, salam kenal
    https://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hari tu Iman belanja, sedap lagi2 bila kunyah bubble

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sedap bubble dia... kenyal2.. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. bila-bila yang free jomm kita minum air harimauu!

      Delete
  4. minummmm sambil kunyah black pearl tuuu ... pehh sedapp sgtt..

    ReplyDelete
  5. Sedap2 Cool Blog! Salam kenal Syaza follower #325 :)

    ReplyDelete