Legoland Malaysia Lancar Tarikan Terbaru: Filem 4D 'Officer In Pursuit'

Majlis Pelancaran Filem 4D 'Lego City: Officer in Pursuit' di Legoland Malaysia Resort 24 Januari lalu. Foto: Legoland Malaysia Resort
Mulai 24 Januari ini, Legoland Malaysia Resort akan menayangkan filem empat dimensi mereka yang bertajuk 'Lego City: Officer in Pursuit'. Jadi, sesiapa yang berkunjung ke Legoland lepas ni boleh lah menonton filem 4D ini. Best tauuu!

Nanti bawaklah keluarga dan kawan-kawan korang untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa menonton filem 4D. Perasaan dia bukan macam yang korang tonton filem kat wayang biasa tu. Ini siap ada effect tambahan yang menakjubkan. Ha nak tahu cubalah sendiri. 

Filem 'Lego City: Officer in Pursuit' mengisahkan tentang kegigihan dua anggota polis menangkap seorang penjenayah di sebuah bandar yang sibuk. Ketika menonton filem ini, pengunjung pasti akan teruja kerana akan dihujani dengan '4D effects' seperti buih sabun, angin kuat, percikan air dan kabus.

Kita dah tengok dah! Memang best! Tapi, korang kena get ready untuk basah lah tengok cerita ni. Renjisan air tu boleh berlaku pada bila-bila masa. Tambah pulak dengan scene yang polis tu tengah kejar orang jahat tu laju dengan angin kuat. Boleh sejuk beku kat situ. Apapun, jalan cerita filem ni sangat best dan budak-budak mesti suka!
Untuk pengetahuan korang, Legoland ni adalah Legoland yang pertama melancarkan filem empat dimensi 'Lego City: Officer in Pursuit'. Menurut Pengurus Besarnya, Kurt Stocks, filem ini dicipta untuk memberikan pengalaman baru dan bermakna buat pengunjung yang datang ke Legoland.

Mr. Kurt Stocks, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort bercerita tentang  LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit yang menjadi tarikan baru pengunjung.  Foto: Legoland Malaysia Resort
Selain itu, Legoland turut menganjurkan Hari Acara Filem Lego atau Lego Movie Event Days yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik dan menyerenokkan buat semua pengunjung yang hadir. Acara tersebut akan berlangsung sehingga 31 Mac, bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Antaranya aktivitinya ialah:

“The LEGO Movie” Scavenger Hunt
Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty and Benny have lost their way and Emmet needs help to find his friends in the Miniland.

“The LEGO Movie” Mystery Mosaic
Guests work together to help build a mystery LEGO mosaic throughout the weekend.
Character Meet and Greet Session
Meet Emmet, Wyldstyle and a new character to be discovered from the film during character meet and greet sessions.

LEGO® Movie Building Activity
Create spaceship and escape from the Alien Invaders that are attacking Bricksburg. The master builder will win exclusive collectables from the movie.

Karakter LEGO® Emmet dan LEGO® Policeman ketika di Majlis Pelancaran Filem 4D Lego City: Officer in Pursuit
Nikmati promosi tempahan awal  pas tahunan baru dengan harga RM239 untuk dewasa dan RM190 untuk kanak-kanak berusia antara 3 - 11 tahun. Dengan pembelian pas tahunan yang baru, pemegang pas akan mempunyai akses tanpa had sepanjang tahun ke Taman Tema dan Taman Air LEGOLAND® serta kemasukkan percuma ke SEA LIFE Malaysia
yang bakal dibuka pada April 2019. 

Pas tahunan yang baru boleh dibeli di laman web rasmi Legoland Malaysia Resort https://www.legoland.com.my/ *untuk masa terhad

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini,

Facebook:

Instagram:
https://www.instagram.com/legolandmalaysia/

JDT Bloggers ketika di Majlis Pelancaran Filem 4D 'Lego City: Officer in Pursuit' di Legoland Malaysia Resort. Foto: Sis Lin

Foto: Sis Lin

Post a Comment

8 Comments

  1. memang seronok tengok movie 4D di Legoland..sure nak repeat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Best sebab nampak cm real pakai cermin mata 4d tuhh

      Delete
  2. ajomm repeat roller coaster.hahahhaahhaahahah 😀😀😀😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm kalau ada rezeki lagi.. entry rollercoaster menanti yaaa. 😂😂

      Delete
  3. terbaek.. teringin nak ke sana :)

    terima kasih sudi singgah n komen di blog ejulz. ejulz follow sini :) harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Ada rezeki lebih tahun ni bawalah family ke Legoland nanti.

      Delete
  4. Best kan...tak rugi kalau renew annual pass tu..

    ReplyDelete