MTN Getaways Tawarkan Pakej Percutian Murah dan Berbaloi Ke Pulau Belitung


Assalamualaikum semua!
Entri hari ini sesuai untuk siapa yang tengah mencari tempat bercuti atau berbulan madu. Saya nak cadangkan pembaca semua untuk berkunjung ke 'Pulau Belitung' yang terletak di bahagian Timur Sumatra, Indonesia. Pulau ini sangat cantik dan tidak hairanlah pada setiap tahun ribuan pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sini.

Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kewujudan pulau kecil Indonesia ini. Apabila disebut Pulau Bali, semua orang tahu dan bercita-cita hendak ke sana. Sedangkan Pulau Belitung pun cantik macam Pulau Bali dan tidak terlalu sesak. Suasana di Pulau Belitung ni sangat tenang dan rasa macam tak nak balik kalau dah jejak ke sini.

Pulau ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, hidupan laut dan sumber asli. Bentuk muka buminya sangat unik dan memukau. Terdapat banyak batu granit bersaiz besar tersusun cantik di persisiran pantai, pulau kecil dan tengah lautan. Sehinggakan di salah sebuah pulau kecil, batu-batu granit itu tersusun menyerupai kepala burung garuda.


Pulau ini dikenali sebagai Negeri Laskar Pelangi kerana berkait rapat dengan Filem 'Laskar Pelangi' yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Andrea Hirata. Novel tersebut berkisahkan tentang dua orang pendidik yang bertungkus lumus berjuang supaya SD Muhammadiyah iaitu sekolah agama yang tertua di Belitung tidak ditutup dan dapat memeberikan pendidikan sempurna untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Jalan cerita ini sangat menyetuh hati, sesungguhnya penuh dengan pengisian dan nasihat.

Filem Laskar Pelangi. Foto:Google
Pulau Tanjung Tinggi. Foto: Hasif Mohamad
Siapa yang masih belum dapat gambaran tu.. Pernah tak tengok drama Malaysia slot Akasia TV3,  'Kekasih Paksa Rela' lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce? Ha, dalam drama tu diorang berlakon di suasana tepi pantai yang berbatu-batu, rumah api, atas jeti tu semua tempat dia cantik-cantikkan. Lokasi-lokasi tu semua diorang berlakon di Pulau Belitung.

Dermaga Kirana, Belitung
Rumah Adat Oramg Belitung
Pada 9 Disember hingga 12 Disember lalu, saya dan rakan-rakan blogger yang lain diberi peluang berkunjung ke Pulau Belitung oleh MTN Getaways Pte. Ltd. Banyak tempat menarik yang kami lawati, antaranya ialah Danau Kaolin, Dermaga Kirana, Replika SD Muhammadiyah, Pantai Tanjung Tinggi, Pantai Tanjung Pendam, Pulau Lengkuas, Muzium Kata Adrea Hirata, Rumah Adat, Pulau Kelayang, dan banyak lagi. Yang ini saya akan cerita lanjut pada entri rentetan saya seterusnya ya.


Sesungguhnya, pengembaraan saya ke Pulau Belitung sangat menyeronokkan dan saya sangat berpuas hati dan bersyukur dapat join FAM trip Pulau Belitung yang dianjurkan oleh MTN Getaways ni. Penginapan selesa, makanan sedap, tour guide friendly dan kenderaan semua disediakan termasuk airport transfer, snorkeling, tour dan sebagainya.

Alright, sesiapa berminat nak bercuti ke Belitung.. Sempena akhir tahun ini, MTN Getaways ada menawarkan pakej promosi akhir tahun untuk sesiapa yang berminat untuk ke Belitung. Segala details harga ada pada gambar di bawah.



Harga pakej 3H2M dan 4H2M termasuk:
  • Tiket penerbangan pergi dan balik 
  • Penginapan
  • Makanan (Sarapan Pagi, Tengahari dan Malam)
  • Kenderaan (Untuk tour keliling belitung dan bot untuk snorkeling))
  • Pemandu Pelancong
  • Aktiviti dan Tempat Menarik termasuk Island Hopping dan Snorkeling
Menarik, berbaloi dan berpatutan pakej di atas ni.. Jadi, jangan tunggu lagi cepat buat tempahan sebelum Full pada tarikh yang anda kehendaki. Peluang hanya datang sekali selagi ada promosi ni!!

Untuk maklumat lanjut:-

Facebook:
https://www.facebook.com/mtngetaways01

Instagram:
https://www.instagram.com/mtngetaways/

Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
 +65 8289 3688 (Amira)

Email:
admin@mtngetaways.com

Nanti saya kongsikan pengalaman saya yang details di entri seterusnya. korang kena sabar menunggu sebab saja nak buat korang ternanti-nanti. hahahah

Post a Comment

6 Comments

  1. jom terbang ke pulau belitung lagi. nak kutip hati yang tertinggal dekat sana :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. jom kita punya roh tertinggal kat sana macam mana tu. hahahaha

      Delete
  2. jeles betul tengok gambo korang kat sana..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo. Saya doakan nanti ada rezeki lebih baik untuk kak hernee dan baby.. 😘

      Delete