Review Shinjuku Nutella Bake Secret Recipe - Faradidi's Blog

Breaking

Sunday, November 18, 2018

Review Shinjuku Nutella Bake Secret Recipe

Hai, Korang pernah try tak Shinjuku Nutella Bake kat Secret Recipe?

Serius tak tipu, sangat sedap. Pada mulanya, berkunjung ke sana cuma nak makan kek White Chocolate Macademia sahaja sebab sekarang tengah promosi from 3pm to 6pm hari weekdays kalau kita order any dessert kita akan dapat free hot coffee or hot tea, dan kalau nak yang minuman ais just add RM2 lebih. So sangat berbaloi.

Saya dah pun ambil White Chocolate Macademia tu, cuma biasalah bila dah berjumpa geng-geng berbual panjang, lapar lagi dan cuba lagi dessert yang lain pula. Kemudian terpandang 'Shinjuku Bake' ni. Ada 4 perisa iaitu Nutella, Maple, Chocolate and Caramel. So I choose Nutella, kawan kita Iffah choose Chocolate.

Sebelum ini, kita memang tak pernah cuba lagi kek ni. Selalu makan kek-kek sepotong yang dah tersedia sahaja. Okay, boleh lihat gambar di bawah ini, I suka dia punya dekorasi. Kemas dan sangat cantik. Ais krim vanilla tu molek sangat terletak di atas soft butter cake Shinjuku tu. Hazelnut sprinkles, nutella dan whip cream tu pun cantik molek je tersusun nampak sangat menyelerakan.


Seterusnya, rasa kek ni sedap. Just nice. Tidak terlalu manis. Dia punya tekstur kek sangat lembut dan apabila kita makan bersama ais krim, whip cream dan nutella, rasa dia sangat wow. What a perfect combination. I like how it taste just like how it looks. I bagi rating 4/5. Kek ni sememangnya meet my expectation, tak tau pulak taste korang macam mana kan.


Kepada sesiapa yang nak rasa kelainan kek Secret Recipe Shinjuku ni boleh lah cuba. Serbu mana-mana cawangan Secret Recipe berdekatan rumah anda. Harga kek Shinjuku Bake RM13.80. Pastikan pergi hari weekdays between 3pm to 6pm supaya dapat add on air for free or add RM2++.  Kalau ada yang dah try sudilah share experience sama-sama di ruangan komen di bawah. Sekian untuk hari ini. 

7 comments:

  1. Dah cuba! Sangat sedap bagi sesiapa yang suka kemanisan campuran ice cream dan coklat nutella bersama roti yang sangat fluffy ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. ala...hari tu baru je pergi SR,tapi tak cuba pulak yangni..rugi pulak

    ReplyDelete
  3. Eah pernah cuba yang biasa..kena try yang ni plak len kali

    ReplyDelete
  4. Wuuu nampak sedap.. nak try lah. btw baru follow back =)

    ReplyDelete
  5. I likeee yang caramel Shinjuku bake!

    ReplyDelete
  6. Tak penah rasa lagi. Wahh nak try la nanti..

    ReplyDelete