San Francisco Coffee Kini di Capital City Mall Johor!

The Cheesecake Macchiato Frappe
Hai, berita baik buat semua 'coffee lovers' dan 'coffee addict'. San Francisco Coffee (SF Coffee) membuka cawangan pertama mereka di selatan iaitu di Capital City Mall, Johor Bahru. Mesti all the coffee lovers excited nak cuba kan.


Untuk pengetahuan, SF Coffee mempunyai 45 cawangan di seluruh negara  termasuk di Pulau Pinang, Lembah Klang, Pahang dan Negeri Sembilan. Kopi yang mereka tawarkan semestinya berkualiti, lazat, segar dan mempunyai aroma yang membuatkan anda tertawan dan akan beli untuk kedua, ketiga kali dan seterusnya.

SF Coffee menawarkan pelbagai jenis hidangan kopi, pasta, kek dan sandwich yang pasti menepati citarasa semua rakyat Johor. Oleh itu, merujuk gambar di bawah saya sertakan list menu makanan dan minuman serta senarai harga yang ditawarkan oleh SF Coffee.




Minuman yang saya cuba ketika berkunjung ke sana ialah 'Golden Gate' dan 'Cheesecake Macchiato Frappe'. The Golden Gate tu campuran coklat, expresso, susu segar dan orange. Minuman dia sedap cuma rasa coklat dia lebih sedikit dari coffee. Sesuai bagi sesiapa yang sukakan campuran kopi dan coklat. Cheesecake Macchiato Frappe sedap and recommended.

Menu di SF Coffee
Bukan itu sahaja, setiap cawangan SF Coffee di negara ini mempunyai dekorasi elemen dan keunikkan tersendiri supaya dapat memberikan suasana keceriaan dan keselesaan kepada pelanggan. Di cawangan ini, tema dan dekorasinya berkonsepkan 'modern vintage' yang mengandungi elemen kesenian tersendiri.

Tambahan lagi, bagi pelanggan yang sukakan privasi, SF Coffee ada menyediakan ruangan privasi sama ada untuk duduk bersendirian mahupun bersama rakan dan keluarga tersayang sambil menikmati kelazatan hidangan kopi pilihan masing-masing.

Hasil Karya Jaie Ramlee

Selain itu, turut diadakan pameran seni mini sempena pembukaan cawangan baru sehingga 31 Disember 2018. Pameran ini mengetengahkan hasil karya dari artist tempatan dalam menghasilkan dekorasi pada cawan minuman SF Coffee. Antara artist tempatan yang terlibat ialah Eva Production, Jaie Ramlee dan Trusk.

Majlis Pelancaran SF Coffee pada 30 Oktober lalu.
Ketika di majlis pelancaran, SF Coffee memaklumkan pelanggan boleh menyertai pentandingan mewarna cawan eksklusif Marty Woods SF Coffee di seluruh Malaysia dengan setiap pembelian minuman. Pemenangnya akan berpeluang mendapat tajaan kopi untuk setahun di SF Coffee serta hadiah-hadiah lain.


Untuk sertai, anda perlu mewarna cawan Marty Wood SF Coffee tersebut dan muat naik di Instagram. Jangan lupa #SFCoffeeXMartyWoods dan #SFCoffeeColouringContest. Tarikh tutup pada 30 November 2018.

Jangan lupa untuk follow SF Coffee di:-

Facebook

Website
https://www.sfcoffee.com

JDT Bloggers di SF Coffee

Post a Comment

5 Comments

  1. Meriah sungguh blog dia, cantkkkk...
    Nanti free jom esok lepak lagi kat sini hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapppp...hari ni pergi lagi..hahahha..cuba air lain pulakkk

    ReplyDelete
  3. wow...memang best la kopi dia kan...tu yang nak try yang lain pulak

    ReplyDelete
  4. Honestly, frappe san fransisco ni the best. Sangat smooth airnya dan tak terlalu manis. I order orange frappe. Harga pun agak murah dari biasa.

    ReplyDelete
  5. Wow. Menarik ni. Nanti nak pi!

    ReplyDelete