Legoland cari duta cilik hidupan laut

Program Junior Rangers SEA LIFE memberi peluang untuk pelajari tentang hidupan laut. Foto- Legoland Malaysia Resort
Hi semua! Entry kali ini berkenaan dengan Legoland Malaysia Resort sedang mencari duta cilik yang berminat dengan hidupan laut untuk menyertai program SEA LIFE Junior Rangers yang pertama di negara ini. Penyertaan ini dibuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun.

Apa itu SEA LIFE Junior Rangers? 
Program pendidikan hidupan laut global yang pertama diwujudkan di Asia Tenggara oleh pusat hidupan laut di seluruh dunia.

Program ini diadakan sempena pembukaan Akuarium SEA LIFE Malaysia yang bakal memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung tentang hidupan laut dan dijangka mula beroperasi pada akhir tahun ini.

Apakah matlamat program ini?
Inisiatif program ini ialah mengumpulkan kanak-kanak dari Malaysia dan Singapura yang berminat untuk mempelajari dan bercerita tentang hidupan laut kepada orang ramai.

Apakah kelebihan sertai program ini?
Duta kecil ini bakal diberi peluang masuk secara percuma ke SEA LIFE Malaysia selama 12 bulan dan menyertai pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut. 

Kanak-kanak ini juga dapat mempelajari tentang operasi dan habitat haiwan marin bersama pakar akuarium dan aktivis kebajikan hidupan laut.

Sesiapa yang sertai bakal menerima pek ekslusif yang mengandungi lencana SEA LIFE, kertas aktiviti, fakta hidupan laut dan sijil khas graduasi menjadi duta hidupan laut.

Selain itu, mereka juga dijemput untuk menyaksikan beberapa acara penting termasuk ketibaan ikan, memberi ikan makan dan majlis perasmian SEA LIFE Malaysia yang bakal diadakan pada akhir tahun ini.

Bagaimana Untuk Sertai?
Ibu bapa hanya perlu memuat naik video di Facebook atau Instagram berdurasi satu minit menyatakan "I want to protect sea life because..." dan jangan lupa hashtag #SEALIFEMalaysia.

Tarikh tutup penyertaan program pada 29 Jun 2018 ini dan layari https://www.legoland.com.my/sealife/junior-ranger/ untuk maklumat lanjut dan cara turut serta berkenaan program.

Untuk keterangan lanjut berkenaan promosi dan aktiviti di Legoland Malaysia, layari www.legoland.com.my dan ikuti Facebook dan Instagram Legoland Malaysia.

Post a Comment

0 Comments