Ahad, 4 September 2016

"Nabi Ayyub - Hamba Allah Yang Paling Sabar"

"Nabi Ayyub - Hamba Allah Yang Paling Sabar"


Manusia biasa tidak akan pernah lepas daripada melakukan dosa  dan tidak juga lepas dari dugaan yang Allah akan beri. Setiap manusia akan diberi ujian yang berlainan. Percayalah  bahawa jika Allah uji kita kerana Allah hendak kita lebih dekat dengannya dan InsyaAllah Allah tinggikan tingkat keimanan kita.

Sejak akhir-akhir ini, saya telah membaca kembali kisah Nabi & Rasul dalam tujuan menaikkan kembali motivasi diri ini. Salah satu kisah yang sangat memeberi kesan kepada saya iaitu kisah Nabi Ayyub a.s di mana Allah menduganya dengan penyakit dan kemiskinan. Segalanya berlaku kerana hasad dengki syaitan kerana mereka tidak dapat menggoda Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s telah di duga dengan kehilangan harta dan kekayaan, kemudian  anak-anaknya semua telah meninggal dunia, ditimpa pula dengan penyakit yang tidak sembuh-sembuh bertahun tahun. Namun begitu, Nabi Ayyub a.s ialah hamba Allah yang sabar dan dia terus beriman kepada Allah.

Bayangkan, kita manusia biasa, apabila Allah duga kita dengan penyakit baru sehari dua kita dah rasa putus asa dan dah tak sanggup nak hidup, apatah lagi jika Allah beri kita dugaan seperti Nabi Ayyub belum tentu kita boleh menjadi seorang yang sabar seperti Nabi Ayyub a.s. Bertahun tahun Allah duga dia dengan seluruh badannya berpenyakit, dia tetap sabar dan redha akan ketentuan Allah s.w.t dan dia hanya berdoa kepada Allah agar  tidak menarik dua perkara iaitu lidah untuk memuji kebesaran Allah dan akal fikiran untuk mengingati Allah. Subhanallah. Walaubagaimanapun, Allah maha pengasih dan lagi maha mengasihani, akhirnya Allah memulihkan juga penyakit Nabi Ayyub setelah Nabi Ayyub berdoa kepada Allah "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".

"Dengan izin Allah kata ulama' sesiapa yang membaca ayat ini penyakit dalam tubuh akan muntah dan bagi sesiapa yang tiada penyakit akan dapat antibiotik semula jadi dari Allah s.w.t dalam badan dia." -Ustaz Sharhan Shafie

Di bawah berikut, saya selitkan Doa Nabi Ayyub a.s. yang boleh digunakan sebagai ayat syifa' atau nama lainnya ayat penyembuhan.

Doa Nabi Ayyub:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Ertinya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".. (Surah Al-Anbiyaa : 83)

Segala dugaan yang menimpa kita, sama ada ringan atau berat,  Allah takkan beri kita ujian yang kita tidak mampu nak lalui dan sesungguhnya Allah lah yang mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Jika kita pada sebelumnya tersalah langkah, kembalilah pada Allah selagi belum terlambat. Saya berharap agar kita sama-sama boleh ambil iktibar dari kisah Nabi Ayyub a.s dan sama-sama lah muhasabah dan mentransformasikan diri kita ke arah yang lebih baik.

Sekian itu sahaja coretan saya pada hari ini. Semoga diambil manfaat darinya. Kalau ada salah dan silap jangan segan untuk menegur ya. Kita sama-sama belajar. :)

2 ulasan:

Copyright © 2017 Farah Dinah Hassan , Blogger