Jumaat, 7 Oktober 2016

Coretan Kehidupan #3

"Berharap itu satu penantian. Penantian itu kadangkala menyakitkan dan memerlukan kesabaran. Di sebalik kesabaran itu perlu diselitkan keihkhlasan hati dan redha dengan ketentuan Allah. Maka, berdoalah. Jangan berharap pada manusia kerana itulah yang menyakitkan. Tanyalah pada Allah apa jalan yang terbaik buat diri ini dan juga orang lain."

Ahad, 4 September 2016

"Nabi Ayyub - Hamba Allah Yang Paling Sabar"

"Nabi Ayyub - Hamba Allah Yang Paling Sabar"
"Nabi Ayyub - Hamba Allah Yang Paling Sabar"


Manusia biasa tidak akan pernah lepas daripada melakukan dosa  dan tidak juga lepas dari dugaan yang Allah akan beri. Setiap manusia akan diberi ujian yang berlainan. Percayalah  bahawa jika Allah uji kita kerana Allah hendak kita lebih dekat dengannya dan InsyaAllah Allah tinggikan tingkat keimanan kita.

Sejak akhir-akhir ini, saya telah membaca kembali kisah Nabi & Rasul dalam tujuan menaikkan kembali motivasi diri ini. Salah satu kisah yang sangat memeberi kesan kepada saya iaitu kisah Nabi Ayyub a.s di mana Allah menduganya dengan penyakit dan kemiskinan. Segalanya berlaku kerana hasad dengki syaitan kerana mereka tidak dapat menggoda Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s telah di duga dengan kehilangan harta dan kekayaan, kemudian  anak-anaknya semua telah meninggal dunia, ditimpa pula dengan penyakit yang tidak sembuh-sembuh bertahun tahun. Namun begitu, Nabi Ayyub a.s ialah hamba Allah yang sabar dan dia terus beriman kepada Allah.

Bayangkan, kita manusia biasa, apabila Allah duga kita dengan penyakit baru sehari dua kita dah rasa putus asa dan dah tak sanggup nak hidup, apatah lagi jika Allah beri kita dugaan seperti Nabi Ayyub belum tentu kita boleh menjadi seorang yang sabar seperti Nabi Ayyub a.s. Bertahun tahun Allah duga dia dengan seluruh badannya berpenyakit, dia tetap sabar dan redha akan ketentuan Allah s.w.t dan dia hanya berdoa kepada Allah agar  tidak menarik dua perkara iaitu lidah untuk memuji kebesaran Allah dan akal fikiran untuk mengingati Allah. Subhanallah. Walaubagaimanapun, Allah maha pengasih dan lagi maha mengasihani, akhirnya Allah memulihkan juga penyakit Nabi Ayyub setelah Nabi Ayyub berdoa kepada Allah "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".

"Dengan izin Allah kata ulama' sesiapa yang membaca ayat ini penyakit dalam tubuh akan muntah dan bagi sesiapa yang tiada penyakit akan dapat antibiotik semula jadi dari Allah s.w.t dalam badan dia." -Ustaz Sharhan Shafie

Di bawah berikut, saya selitkan Doa Nabi Ayyub a.s. yang boleh digunakan sebagai ayat syifa' atau nama lainnya ayat penyembuhan.

Doa Nabi Ayyub:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Ertinya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".. (Surah Al-Anbiyaa : 83)

Segala dugaan yang menimpa kita, sama ada ringan atau berat,  Allah takkan beri kita ujian yang kita tidak mampu nak lalui dan sesungguhnya Allah lah yang mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Jika kita pada sebelumnya tersalah langkah, kembalilah pada Allah selagi belum terlambat. Saya berharap agar kita sama-sama boleh ambil iktibar dari kisah Nabi Ayyub a.s dan sama-sama lah muhasabah dan mentransformasikan diri kita ke arah yang lebih baik.

Sekian itu sahaja coretan saya pada hari ini. Semoga diambil manfaat darinya. Kalau ada salah dan silap jangan segan untuk menegur ya. Kita sama-sama belajar. :)

Jumaat, 19 Ogos 2016

Coretan Kehidupan #2

“Yang dikatakan manusia itu sifatnya rapuh dan lemah. Oleh sebab itu, manusia saling memerlukan antara satu sama lain tetapi jika terlalu bergantung kepada manusia juga akan menimbulkan kecewa. Jadi, Allah sahajalah tempat mengadu. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan”

Rabu, 13 Julai 2016

Coretan Kehidupan #1

"Kehidupan semangnya banyak dugaan dan cabaran. Kadang kala kita sebagai seorang insan lupa bahawa kita tidak boleh menghadapi kesemuanya dengan sendiri. Kita perlukan orang yang berada di sekeliling kita untuk berjaya dalam hidup tetapi tidak semua orang itu ikhlas bersusah senang dengan kita dan tidak semua rakan-rakan kita hargai kehadiran kita. Kita sebagai seorang rakan jika berkawan sentiasa mengharapkan sebuah persahabatan yang ikhlas dan indah   dari seorang sahabat, tetapi malangnya kadang kala mereka hanya menggunakan kita untuk memenuhi kehendak mereka sahaja. Tidak mengapa, Allah tahu niat setiap manusia. Ada sebabnya kenapa Allah kenalkan kita dengan mereka. Allah nak kita belajar sesuatu dari setiap kenalan kita."

Selasa, 9 Februari 2016

Places To Snap and Eat in Johor Bahru #ProjekCutiSem

Places To Snap and Eat in Johor Bahru #ProjekCutiSem
Assalamualaikum & Hai.

Untuk pengetahuan semua, saya dan rakan-rakan telah mencuba beberapa makanan yang agak famous orang cari di sekitar Johor Bahru ni. #ProjekMakanCutiSem kami. Saya akan listkan di bawah beberapa tempat yang korang mesti pergi dan cuba rasa makanan dia. Sometimes makanan dia a little pricey but worth it seriously.

Chicken Chop di Kilang Bateri

Kilang Bateri terletak di Jalan Tampoi, Johor Bahru. Sedikit informasi berkenaan dengan tempat ni, Kilang ni pada sebelumnya sememangnya ialah sebuah Kilang Bateri Eveready, tetapi pada masa kini telah diubahsuai menjadi sesuatu tempat yang unik dan menjadi tarikan orang ramai terutamanya dalam kalangan anak-anak muda tempatan. Struktur dan konsep kilang bateri ni berkonsepkan 'hipster' dan 'vintage' agaklah. Selain makanan yang best kat sini, boleh juga membeli belah, ambil gambar dan kadang-kadang ada program-program menarik untuk anak muda dijalankan di kilang tu.

Kalau saya dan rakan-rakan, kami memang dah tak ada kerja lain. Kami datang untuk makan. Makanan apa yang popular di kilang bateri ni kalau bukan "chicken chop atau fish n chips" dia. Harga memang berpatutan, rasa pun boleh tahan sedap. Hanya RM 5.50 sahaja. Selalunya kalau weekend atau hari cuti memang nak kena beratur kalau nak beli.



Operation Hours:-
Daily: 12pm - 12am

Instagram:-

Ice Cream Dessert di Koone, Jalan Dhoby

Untuk pengetahuan anda, Jalan Dhoby terkenal dengan kehadiran beberapa kafe yang agak famous seperti Ice Cream Project, Lokap Cafe, The Replacement dan banyak lagi. Koone adalah salah satu darinya. Koone soft serve ialah kafe pink yang mempunyai design yang menarik dan unik, sesuai untuk korang dan rakan-rakan korang luangkan masa bersama sambil makan ais krim dan korang boleh lah snap2 gambar untuk dijadikan kenangan. Nampak keceriaan masing-masing kalau berada di kafe ni. Kalau di Koone ni memang dessert ice cream dia lah jadi pilihan ramai..


Operation Hours:-
Mon-Thu:
 1:00 pm - 10:00 pm
Fri-Sun: 
12:00 pm - 11:00 pm

Facebook:-

Instagram:- 


Churros di The Replacement - Lodge and Kitchen

The Replacement adalah salah satu kafe yang terletak di Jalan Dhoby, sederet dengan Koone cafe. So, after makan ais krim di Koone, boleh singgah pula ke The Replacement cafe. Tema kafe ni memang cantik berkonsepkan warna putih. Churros ialah salah satu makanan yang menjadi tarikan di kafe ini. Kalau nak cari Churros yang sedap di Johor Bahru, The Replacement lah tempatnya yang saya boleh recommend. Kalau tempat lain tu ada, tapi kurang lah sikit. Churros kat sini sedap, rangup, lembut, mampat dan mengenyangkan. Kadang-kadang nak habiskan sepinggan set churros tu memang susah. Boleh pilih original churros atau nak black churros and dia punya dipping sauce nak karamel ke or nutella ke or peanut butter ke? Boleh cuba lah.


Operation Hours:-
Mon-Fri:
9:00 am - 7:00 pm
Sat-Sun:
8:00 am - 7:00 pm

Facebook:-


Big Bowl Ice, Taman Pelangi

Big Bowl Ice terletak di kawasan Taman Pelangi. Pencuci mulut atau dessert di sini semua memang menyelerakan dan sedap. Desert dia sememangya berkonsepkan ice blended berserta buah-buahan. Pilih aje lah topping apa untuk ice blended tu. Kat bawah ni ada beberapa gambar dessert yang kami order tempoh hari. 




Operation Hours:
Mon-Thu:
12:00 pm - 12:00 am
Fri-Sat:
12:00 pm - 1:00 am
Sun:
12:00 pm - 12:00 am

Facebook:

Alright, actually banyak lagi tempat makan yang sedap dan menarik kami dah cuba, cuma tak sempat snap gambar lagi makanan dah habis. hehe. Okay, kalau ada kafe yang menarik dan sedap yang hendak dikongsikan, tulislah di ruangan komen di bawah. Terima kasih. 


Copyright © 2017 Farah Dinah Hassan , Blogger